Jelajah Misi Elektrik Borneo Round 8 – Estranged

Sharing is caring!

Akhirnya! Kami, Estranged, Lightup Borneo dan juga Thomas Philip Advocates and Solicitors berjaya dapat kumpul dana untuk pemasangan 7.5kw mini hydro generator untuk Kg Berambang, Ranau. Kami mencari SUKARELAWAN untuk menolong kami pasangkannya. Tarikhnya adalah 12 September hingga 17 September 2019. First come first serve!

Ini adalah untuk memberi bekalan elektrik kepada 20 rumah supaya mereka mempunyai kemudahan untuk terangi kehidupan mereka untuk kali pertama!

Segala perkara untuk misi ini adalah seperti berikut:

Perjalanan:
Hari pertama dan terakhir adalah untuk pergi ke Kg Berambang dan pulang. Kalau kamu terbang ke KK, pastikan datang pada malam 11 September kerana kami akan bertolak ke lokasi pukul 5 pagi pada 12 September. Kami ada sediakan kenderaan. Sukarelawan yang mempunyai 4×4 amat dialukan dan 4×4 lebih menyenangkan perjalanan. Perjalanan mengambil 2 jam dari KK ke bandar Ranau dan 2 jam dari bandar Ranau ke Kg Berambang.

Tempat penginapan:
Kg Berambang adalah kampung kecil. Tidak semua dapat tumpang tidur di rumah penduduk penduduk kampung tersebut. Penduduk penduduk kampung akan tolong sediakan kanopi untuk sukarelawan tidur di bawah teduh. Digalakkan juga sukarelawan untuk membawa camping gear masing masing jika ada. Boleh kongsi tandas dan tempat mandi rumah penduduk atau boleh juga mandi di air terjun yang berdekatan.

Komunikasi:
Di kawasan Kg Berambang, komunikasi agak terhad dan mungkin susah untuk mencari kawasan yang ada rangkaian isyarat telefon. Oleh sebab tiada elektrik, kami akan cuba bawakan gen-set kecil yang boleh digunakan untuk beberapa hari untuk charge phone. Lebih elok jika bawa power bank tersendiri.

Makanan:
Kami akan bawa bahan makanan untuk dimasak selama 5 hari. Kami juga mengalukan makanan sponsor dari sesapa atau pemasak. Lebih elok jika tidak membawa makanan instant atau makanan dalam tin untuk mengelakkan pembuangan sampah yang banyak. Itu merupakan tradisi kami untuk misi ini.

Sampah:
Cuba jangan hasilkan sampah yang banyak. Untuk menjaga nama dan perhubungan yang baik bersama penduduk kampung tersebut, lebih elok bawa pulang sampah yang telah dihasilkan.

Acara kemuncak:
Setelah selesai pasangkan generator untuk Kg Berambang, kami akan adakan majlis sambutan pada petang 16 September sempena Hari Malaysia dan kami akan perform untuk memeriahkan majlis tersebut.

Pendaftaran:
Sesiapa yang berkenan dan mahu sertai misi kami, bolehlah email kami di:

lightupborneo2013@gmail.com

Dan pastikan ada maklumat berikut:

1. Nama, alamat, no. telefon dan no. telefon seseorang yang rapat untuk sebarang kecemasan.

2. Beritahu sebab dan kenapa mahu turut serta dalam misi kami.

3. Apa apa skill, pengalaman dan pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk menjayakan misi ini.

4. Jenis makanan yang mungkin akan memudaratkan diri kerana alergi.

Tolong sharekan post ini. Jom jayakan misi kami!

#jelajahmisielektrikborneo  #estranged  #estrangedband  #lightupborneo  #borneo  #ranau #sabah  #kerjaamal  #unity  #harimalaysia2019  #elektrik  #electricity

Kredit ESTRANGED

You may also like...

Leave a Reply