Berjalan Kaki Sejauh 4 KM Ke Hospital Ranau Dalam Keadaan Tempang

Sharing is caring!

Selamat petang salam sejatera..
Sebagai perkongsian dan sebagai pengatahuan am.

Tiada berkenaan mahupun sebagainya, Baik sya ke point seterusnya, Kelmarin pada 06hb sya ke hospital ranau dari kg penulangon ranau berjalan kaki sejauh 4km ke tembialon jalan utama kg tinanom ke kg paus seterusnya ke jalan besar utama (jln aspal) utk dapatkan rawatan anak saya kerana kecederaan kaki dia tidak boleh lurus selama dua minggu.

Sepanjang perjalanan sejauh 4km itu anak saya berjalan kaki dengan secara tempang dan kesakitan dan sya cuba suarakan “mari sini sya sikut kau” tpi anak sya tolak dan berkata “pologoson @apa ohuyan koma”kadau, satu jawapan yg cukup matang sya dengar, jadi bila saya ke hospital ranau bahagian kecemasan kelmarin untuk mendapatkan rawatan semuanya berjalan baik dan teratur, tertapi bila sampai ke bahagian X-RAY kerana anak sya terpaksa menjalani pemeriksaan melalui x-ray semuannya Gagal.

Kenapa gagal? kerana mesin x-ray rosak, dan setelah berlaku seperti itu.saya dan anak saya di beri temu janji untuk menghadir ke hospital sekali lgi pada keesokan hari (hari ini) untuk buat x-ray tersebut dengan harapan mana tahu x-ray akan baik pada ketika itu.

07/08 hari ini sya ke hospital ranau sekali lgi memenuhi temujanji tersebut. tetapi apa yg berlaku ternyata mesin x-ray masi gagal di baiki, dan saya di beri arahan oleh kaki tangan bahagian x-ray utk berjumpa dengan doktor untuk meminta pandangan rawatan susulan dan saya bertanya kalau saya ke sana jika x-ray masi tidak baik mcm mana itu? ada apa doktor itu akan cakap kepada saya? Kaki tangan itu pun cakap mungkin kamu akan di beri temu janji baru tapi itu pun tidak tahu lah mesin itu ok ke tidak masa itu.

Jadi saya jadi serba tidak kena jalan terakhir saya ambik saya kembali ke bahagian kecemasan dan ceritakan sekali lagi dan mereka pun cakap macam itu juga. Jadi sya buat keputusan kalau itu macam ada baik nya sya ke hospital keningau untuk rawatan anak saya kerana keutamaan anak saya adalah kesihatan keselamatan dan keberkesanan untuk mengesan penyakit anak saya sebenar.

Dan saya bagi tahu doktor di ranau untuk buat satu surat untuk bekalan saya sebagai garis panduan kepada pihak hospital. mereka pun buat lah, pounsikou, Saya naik bas ke keningau jam12, tepat saya ke hospital keningau terima kasih kepada hospital keningau kerana memberi layanan yg terbaik kepada kami, Segalanya berjalan dengan lancar.

Buat hospital ranau sya tidak salahkan barisan gerak kerja anda, kamu sememang semuanya terbaik layanan sememangnya terbaik, sya bercerita ini sebagai berkongsi masalah ini berpunca dari pada mesin X-ray, kalau rosak memang rosak lah kuroyon podi gia kio, dan isi sebenar yang ingin saya sampaikan ini adalah, saya mohon kepada wakil rakyat buat kawasan ranau buat lah yg terbaik untuk mana mana jabatan di ranau mana mana sesuatu mesin kegunaan jabatan adalah penting untuk kemudahan penguna mahupun rakyat, lebih lebih lagi di jabatan kesihatan seperti hospital, sila selesaikan masalah ini dengan sebaik dan secepatnya dan atasilah secepat mungkin.

Hospital ranau tetap mantap
Hospital keningau tetap mantap
SABAH TATAP MANTAP.

Sumber Eliwen Athenz

You may also like...

Leave a Reply