Pendakian Ke Gunung Sing Sing Gunung Ke-3 Tertinggi di Malaysia
SEPANJANG hari mendaki puncak Gunung SingSing di Sabah baru-baru ini, pelbagai cabaran telah ditempuhi peserta. Seramai 12 pendaki terlibat dalam expedesi ke puncak gunung ketiga tertinggi di Malaysia itu.
Berada di ketinggian 2,603 meter dari paras laut (dpl), hutan yang tebal diterokai, laluan berliku dan naik serta turun bukit dihadapi dengan tabah. Segala cabaran dan halangan ditempuh tanpa bersunggut. Malah tubuh dan pakaian sentiasa bermandikan keringat. Cuaca yang tidak menentu termasuk hujan dan panas setia menemani pendaki setiap masa, sekali gus menjadi ujian buat mereka.
Panorama indah alam semula jadi yang cukup mempesona membuatkan sesiapa sahaja sukar menggambarkannya dengan kata-kata. Itu adalah nikmat yang tidak terhingga dikecapi setiap pendaki.
“Cabaran pacat, lumpur, cuaca tidak menentu serta laluan basah dan berliku menjadi peneman dalam setiap hari pendakian,”
Kata Mohd Sahrin juga seorang juru kamera team Lanun Bukit
Gunung ini memiliki hutan yang amat menarik dan menakjubkan. Namun sebelum tiba di puncak Kaingaron, pendaki akan tiba dahulu di puncak SingSing. Ketinggian kedua-dua gunung itu diperoleh hasil cerapan daripada Handheld GPS.
“Bahkan, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim dengan ramai orang, lebih-lebih lagi peminat aktiviti mendaki gunung yang kian berkembang pada masa kini,”jelasnya.
Gunung Kaingaron terletak di Banjaran Trusmadi dalam daerah Tambunan, Sabah dan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas I (Forest Management Unit 10 (Tambunan), di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah
Hutan gunung ini dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu Hutan Dipterokarp Pamah (400-1,000m), Hutan Dipterokarp Bukit (1,000-1,2000m), Hutan Montane Bawah (1,000-1,800m) dan Hutan Montane Atas (1,800-2,900m).
Pemandangan landskap hutan yang unik seperti hutan Old World Oak (1,200m), fenomena hutan berkabus rendah (2,310m) dan hutan lumut (2,500m) yang beraneka bentuk dan warna, menjadikannya destinasi pergunungan yang sangat istimewa. Selain itu, kepelbagaian flora dan fauna amat unik dan persekitaran semula jadi ini merupakan makmal yang sempurna bagi penyelidik flora dan fauna.
Menurutnya, kedudukan permatang SingSing yang strategik menjanjikan panorama indah untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit dan terbenam di ufuk langit.
BAGAIMANA KE SANA?
Untuk mendaki , kita perlu sampai ke pekan Tambunan. Kemudian menuju ke Kampung Nupakan. Jarak dari pekan ke kampung adalah 17.4 kilometer.
Perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana jalan raya tidak berturap dari simpang jalan utama pekan Tambunan.
Kredit Picture/video: Muhammad Nur Bin Iskandar, Mohd Saharin
#OrangUtanBorneo
#LanunBukit
wahh best oo.. nanti ada masa mau pi mendaki juga ni insyallah..
mcm siok kan mendaki ni dpt menikmati keindahan alam semulajadi
Kalau tidak silap ejaan dan sebutan yang betul ialah *Mt.Sinsing*.
terima kasih kerana perbetulkan
“Mt. SingSing
Sabahan juga bah
Brapa bayaran ni?
boleh buat daytrip tak?
kalau mahu pergi sana contact siapa ya?