E-Wallet RM100 Madani 2023 : Cara Tebus & Tarikh Pembayaran
E-Wallet RM100 Madani Tahun 2023. Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong mengumumkan bahawa penerima yang layak akan menerima bantuan e-wallet sebanyak RM100 daripada kerajaan pada bulan Disember ini. Ini adalah sebahagian daripada janji kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi kesan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
Ringkasan
- Pendaftaran kredit e-tunai eMADANI dibuka mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 dan kredit boleh dimanfaatkan sehingga 29 Februari 2024.
- 10 juta warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan penerima STR atau mempunyai pendapatan yang mana pendapatan tahunan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah layak menerima sumbangan kredit e-tunai eMADANI berjumlah RM100 bagi setiap individu.
- Empat penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat dalam program iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023; dan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
- Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
Mohon di sini: Claim eMADANI