Semak Wang Tak Dituntut Di Kaunter JANM Keningau

Sharing is caring!

JANM Cawangan Keningau akan membuka Kaunter Wang Tak Dituntut dalam dua Program di Tambunan dan Keningau. Tarikh-tarikh program:

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) Di Daerah Tambunan
Tarikh : 11-12 September 2019 (Rabu-Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Perkarangan Pisompuruan Square, Tambunan

Program Karnival Gegar Keningau & Mobile Community Services (MCS) Sempena Sambutan Hari Malaysia 2019 Peringkat Daerah Keningau
Tarikh : 13-15 September 2019 (Jumaat-Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Padang Bandaran Keningau

Semua Warga Tambunan dan Keningau dialu-alukan untuk membuat semakan di Kaunter JANM Cawangan Keningau yang akan bermula seawal jam 8.30 pagi di tempat yang telah dinyatakan.

Kami juga akan memberikan penerangan cara untuk membuat tuntutan WTD kepada penuntut. Borang Tuntutan akan dihantar oleh JANM Cawangan Keningau, Tiada sebarang kos Pos penghantaran yang ditanggung oleh penuntut.

Dokumen yang diperlukan untuk membuat semakan,
1. Untuk diri Sendiri- Cuma kad Pengenalan Asal sahaja.
2. Bagi waris yang ingin menyemak WTD ahli keluarga yang telah meninggal dunia – Surat Mati dan dokumen yang menunjukan pertalian dengan si Mati contohnya Sijil Kahwin atau Surat Beranak.

Jangan lupa untuk datang ke Kaunter JANM Cawangan Keningau kerana kami bersedia untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua Warga Tambunan dan Keningau. Jom datang beramai-ramai… kunjungi Kaunter WTD kami.

You may also like...

Leave a Reply