Insentif dan inisiatif #budget2020 untuk Perdagangan dan Pelaburan

Sharing is caring!

  1. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia akan bergerak perlahan kepada 3.2% pada tahun 2019 berbanding jangkaan sebelumnya iaitu 3.9% pada Julai 2018.
  2. Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) pula pada bulan Oktober 2019 telah mengunjurkan perdagangan dunia akan menjadi lebih perlahan kepada 1.2% pada tahun 2019. Kadar perdagangan semasa yang perlahan di antara Amerika Syarikat dan dunia, terutamanya China telah memberi kesan kepada perdagangan global.
  3. Walaupun prestasi perdagangan global kurang memberangsangkan, Malaysia berjaya mengekalkan imbangan perdagangan yang positif pada tahun 2019, mencatatkan jumlah RM92.5 bilion di antara bulan Januari hingga Ogos, yang mana ianya 29.8% lebih tinggi berbanding tahun lepas dan Malaysia dijangka akan terus mengekalkan lebihan perdagangan bagi tahun ini.
  4. Dengan strategi pelaburan yang telah saya perkenalkan iaitu 4S – Search, Seek, Secure and Service, hasilnya, Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diluluskan pada separuh pertama tahun 2019 yang meningkat sebanyak 97% kepada RM49.5 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan industri utama berbanding RM25.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.
  5. MITI mengalu-alukan pengumuman berhubung kajian menyeluruh dan penambahbaikan Akta Promosi Pelaburan 1986, Pakej Insentif Khas dan insentif di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Insentif cukai yang tidak lagi relevan dalam ekonomi pada hari ini harus dikurangkan atau dihapuskan.
  6. Hanya syarikat yang melabur dalam teknologi tinggi, produk nilai tambah, mewujudkan kesalinghubungan dan membantu meningkatkan ekonomi harus diberikan insentif cukai..

Darell Leiking
11 Oktober 2019

“Budget 2020: Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama.”

Insentif dan inisiatif #budget2020 untuk perdagangan dan pelaburan.

#budget2020

#kemakmuranbersama

#daretodeliver

#dareforthebest

Sumber: -Admin- Fb Darell Leiking

You may also like...

Leave a Reply