I AM MODEL SEARCH INTERNATIONAL 2024 Edisi Ke-2

Sharing is caring!

credit to owner

4 anak muda daripada negeri di bawah bayu telah menyertai I AM MODEL SEARCH MALAYSIA 🇲🇾 mengikut kategori yang berbeza, dan akhirnya mereka kembali dengan kejayaan dalam I Am Model Search peringkat Malaysia 🇲🇾 dimana kategori kanak-kanak dimenangi oleh Gwen Harlette (10 tahun) @gwen_harlette telah dinobatkan sebagai JUARA dan Adelline Andrew (10 tahun) @adelline_andrew telah memenangi di tempat yang keenam.

Manakala kategori Dewasa pula, Giegie (29 tahun) @giegie31 dinobatkan sebagai Naib Juara bagi Kategori Perempuan. Dan Edry (25 tahun) officialedryanderson___ memenangi di tempat yang kelima bagi kategori Lelaki.

Selepas dinobatkan sebagai pemenang di peringat Malaysia 🇲🇾, keempat-empat dari Sabah ini berjaya mara ke peringkat seterusnya bersama 16 lagi pemenang daripada negeri yang berbeza ( Sarawak dan Semenanjung ) juga akan mewakili Malaysia 🇲🇾 ke I AM Model Search International 2024 di edisi yang kedua.

Selain itu, Pertandingan yang dianjurkan ini oleh Encik Faiz Noh @faiz_noh ( Founder @doubleeventmanagement dan @iammodelsearchinternational ) adalah berkonsepkan “Fashion Model” tanpa mengira saiz ketinggian dengan tagline “Be You” dimana platform I AM MODEL SEARCH ialah pencarian model terkini untuk mereka yang bercita-cita menjadi model antarabangsa di seluruh dunia.

Platform ini diwujudkan untuk memberi peluang yang sama kepada semua model yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan penjenamaan & rangkaian sebagai batu loncatan untuk memasuki industri pemodelan antarabangsa.

Malaysia sebagai salah satu hab fesyen terbesar di Asia Tenggara adalah destinasi yang sempurna untuk membina kerjaya dalam bidang peragaan.

Di peringkat antarabangsa terdapat 21 lagi buah negara seperti

🇦🇺 Australia
🇧🇼 Botswana
🇰🇭 Cambodia
🇨🇴 Colombia
🇬🇭 Ghana
🇭🇰 Hong Kong
🇮🇳 India
🇮🇩 Indonesia
🇯🇵 Japan
🇰🇷 Korea
🇱🇻 Latvia
🇲🇾 Malaysia
🇲🇲 Myanmar
🇳🇵 Nepal
🇵🇭 Philippines
🇿🇦 South Africa
🇸🇬 Singapore
🇹🇭 Thailand
🇬🇧 United Kingdom (UK)
🇺🇸 United States (USA)
🇻🇳 Vietnam

dan 100 Peserta merangkumi daripada usia 8-11 tahun Kanak-kanak, 12-15 tahun Pra-Remaja, 16-19 tahun Remaja, 20-28 tahun Dewasa (Kategori Lelaki dan Perempuan) dan Plus Size turut serta bertanding dalam I Am Model Search International 2024 edisi yang kedua ini.

Konsep I AM MODEL SEARCH INTERNATIONAL edisi kedua ini ialah High Fashion Futuristic dan mempersembahkan pakaian-pakaian traditional daripada negara yang berbeza.

Oleh itu, Pasukan Sabah yang akan dipimpin oleh Coach Yuri Berto ini berpeluang untuk memperkenalkan pakaian-pakaian tradisi yang ada di Sabah di sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Seperti yang telah dimaklumkan melalui halaman page rasmi @iammodelsearchinternational dimana Malaysia akan menjadi tuan rumah buat kali kedua dan pertandingan itu akan diadakan pada 14 Januari 2024 di Kuala Lumpur.

You may also like...

Leave a Reply