Sejarah Bergambar Gunung Kinabalu

Sharing is caring!

Mendiang ‘Aki Gunting Lagadan’ Merupakan pengasas perkhidmatan Malim Gunung Kinabalu.

Uncle David Ho sama troop Pengakap Jesellton Lok Yuk sempat jumpa Mendiang Aki Gunting Lagadan dalam misi ekspedisi Mendaki Gunung kinabalu Disember 1959.

Pengembaraan dorang mengambil masa selama 3 minggu. Pada masa itu, tiada jalanraya yang menghubungkan antara Jesellton ( Bandar Kota Kinabalu ) sama Pekan Ranau ataupun perkhidmatan bas.

Pasukan Pengakap ini terpaksa menaiki kapal terbang dari lapangan Terbang Jesellton ke Lapangan Terbang Pekan Ranau.

Dari Pekan Ranau, Troop Pengakap ini terpaksa berjalan kaki ke Kundasang ataupun menumpang kenderaan yang lalu lalang.

Tidak dapat dipastikan perjalanan dorang mengambil masa beberapa hari dari Pekan Ranau pigi Kampung Kundasang.

Semasa Mendaki Gunung Kinabalu bersama Mendiang Aki Gunting Lagadan, mereka juga terpaksa berkhemah dan tidur di “hotel Mewah” Gua Parker.

Selepas turun dari Gunung Kinabalu, Troop ini berjalan kaki kembali pigi Jesselton sebab masa itu tiada jalanraya yang boleh kena lalu oleh kenderaan hingga ke Tamparuli.

Dorang bernasib baik sebab dapat menumpang kenderaan apabila sampai di Tamparuli.

📸 : Gambar Sumbangan Tuan David Ho

You may also like...

Leave a Reply