‘Sumandak Sabah’ harumkan nama Malaysia di Amerika Syarikat

Sharing is caring!

KUALA LUMPUR: Baru sahaja berumur 18 tahun tetapi Eylia Guntabid sudah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Berentap dengan 72 buah negara, namun siapa sangka anak kelahiran sabah, Eylia Eyre Guntabid berjaya mengharumkan nama Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 yang diadakan di Long Beach, California, Amerika Syarikat.

Menurut bekas peserta Ceria Popstar 2016 itu, sudah semestinya dia sangat teruja untuk mendapat peluang yang sangat besar seumpamanya.

“Pengalaman saya semasa berada di Amerika Syarikat, sudah tentu saya sangat teruja kerana itu pertama kali saya pergi ke Amerika, sedangkan dalam Malaysia pun saya masih belum menjelajah kesemuanya.

“Tetapi apabila dapat pergi ke sana saya merasakan ia satu peluang yang sangat besar, dan pastinya saya gembira kerana dapat peluang itu,” katanya ketika ditemui semasa sidang media khas Broadway Entertaiment di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Sepanjang pertandingan, Eylia melihat peseta dari Filipina, Afrika Selatan dan New Zealand antara yang memberi saingan sengit.

Tambahnya, kemenangan itu membuatkan dia bangga kerana berjaya membawa nama Malaysia sekali gus memperkenalkan bakat Malaysia di peringkat yang lebih tinggi.


“Saya rasa gembira, bangga. Sebab saya bukan bangga setakat untuk diri saya malah saya bangga sebab saya dapat balik ke Malaysia dan promosikan bakat-bakat yang ada dalam Malaysia.

“Kalau diikutkan, orang di sana pun terkejut sebab mereka tidak menjangka bahawa Malaysia mempunyai bakat sebagus ini. Dalam masa sama kita sudah mempromosikan pasaran kita ke luar negara,” katanya.

Eylia telah berjaya meraih empat pingat menerusi kategori Vokal R&B, Vokal Dunia, Vokal Terbuka, dan Vokel Gospel.

Pada masa sama, dia juga memperoleh pingat perak pula bagi kategori Vokal Broadway di WCOPA 2019 yang telah berlangsung pada 12 hingga 21 Julai lalu.

Astro Awani

Antara Lagu yang di bawa oleh Eylia Guntabid Semasa Sugandoi Kaamatan 2019


You may also like...

Leave a Reply