Jom saksikan Gerhana Bulan Separa – 17 Julai 2019

KOTA KINABALU, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Rakyat di negeri ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa pada Rabu, 17 Julai bermula 04.01 pagi hingga 06.50 pagi.
Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata orang ramai yang ingin melihat fenomena tersebut dengan lebih jelas boleh hadir ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah bermula pukul 4 pagi.

“Pihak balai cerap akan menyediakan lima teleskop bagi memudahkan orang ramai untuk melihat dengan lebih jelas kejadian fenomena ciptaan Allah swt ini, dan kita juga berharap masyarakat setempat akan turut serta dalam aktiviti yang dijalankan antaranya solat sunat gerhana serta kuliah pagi yang memberi penerangan berkenaan fenomena ini.
“Program cerapan ini turut dibuka kepada mereka yang bukan Islam untuk bersama-sama menyaksikan fenomena ini,” kongsinya kepada media.
Fasa Awal Penumbra dijangka berlaku pada 2.43 pagi, Fasa Awal Umbra 4.01 minit pagi diikuti Kemuncak Gerhana 5.30 pagi, Fasa Akhir Umbra pada 6.59 pagi dan Fasa Akhir Penumbra pada 7.17 pagi.
Fasa Gerhana
Menurut Fred Espanak, waktu-waktu penting fasa gerhana ini adalah seperti di bawah. Saya telah menukar waktunya kepada waktu Malaysia atau mana-mana negara yang berbeza 8 jam dari waktu greenwich.
P1 – Fasa penumbra bermula (mula masuk ke dalam penumbra) – 2:43 am 17 Julai 2019
U1 – Fasa separa bermula (mula masuk dalam umbra) – 4:01 am 17 Julai 2019
Kemuncak Gerhana – 5:30 am 17 Julai 2019
U4 – Fasa separa tamat (keluar sepenuhnya dari umbra) – 6:59 am 17 Julai 2019
P4 – Fasa penumbra tamat (keluar sepenuhnya dari penumbra) – 8:17 am 17 Julai 2019
Apa yang akan dapat dilihat?
Berikut adalah beberapa poin penting ketika melihat gerhana ini nanti.
- Gerhana Bulan Separa akan menyebabkan hanya sebahagian Bulan sahaja menjadi gelap.
- Bulan tidak akan menjadi kemerahan seperti Gerhana Bulan Penuh. Kita hanya dapat lihat bahagian putih terang dan gelap sahaja.
Fakta lain ketika berlaku Gerhana Bulan Separa kali ini.
- Ia akan berlaku 2 minggu SELEPAS Gerhana Matahari Penuh yang akan dapat dilihat di Amerika Selatan pada 2 Julai 2019.
- Ia akan berlaku 5 bulan SEBELUM Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat di Malaysia pada 26 Disember 2019 nanti.
- Planet Zuhal akan berada di sebelah bawah Bulan, manakala Musytari sedang terbenam di ufuk barat.
- Bulan akan berada di dalam kawasan buruj Sagittarius, berhampiran dengan lingkaran Bima Sakti.
- Pluto berada hampir dengn Bulan, tetapi memerlukan teleskop yang besar untuk melihatnya. Mata kasar tak nampak.
- Ia berlaku awal hari Rabu
-SH
Kredit: malaysiaaktif.my, falakonline.net