Eylia Guntabid berjaya mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di World Championship Of Performing Arts 2019

Sharing is caring!

Tahniah kepada anak Sabah Eylia Guntabid yang berjaya mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di World Championship Of Performing Arts 2019 (WCOPA 2019) yang berlangsung di Long Beach Perfoming Arts Center, California, Amerika Syarikat pada 12 hingga 21 Julai lalu.

Eylia telah memenangi anugerah Best RnB Vocal, Best World Vocal, Best Open Vocal, Best Gospel Vocal dan Best Broadway Vocal dalam pertandingan antarabangsa tersebut.

Saya berasa terharu dan bangga melihat kemenangan Eylia. Semoga bakat anak Sabah terus menyerlah di mata dunia! 

Tahniah kepada anak Sabah juga serba boleh yang memenangi kejohanan di pentas antarabangsa!

Saya bangga dan teruja melihat dia memenangi anugerah antarabangsa hari ini! Ini membuktikan sekali lagi bahawa anak muda kita di Sabah berbakat dan kerajaan mesti menyokong dan menggalakkan mereka untuk memastikan mereka terus bersinar!

Sumber/Kredit: Phoong Jin Zhe(冯晋哲)

You may also like...

Leave a Reply