Kes HIV/AIDS di Semporna Meningkat 200-Peratus

Sharing is caring!

SEMPORNA; 23 NOVEMBER 2019 (Sabtu) – Semporna mencatatkan peningkatan sebanyak 200-peratus Kes HIV/AIDS bagi tempoh Januari hingga November 2019.

Daripada 3 kes HIV dicatatkan pada 2018, ianya telah meningkat kepada 8 kes pada tahun ini.

Pegawai Kesihatan Semporna, DR. Shameer Khan berkata, penigkatan kes tersebut amat merisaukan kerana data-data yang diperolehi ia melibatkan golongan muda termasuk kana-kanak sekolah dan golongan remaja.

Beliau berkata, memandangkan kes HIV semakin meningkat, usaha memberi rawatan awal perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko pembawa HIV untuk dijangkiti AIDS.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM ketika ditemui di Pejabat Kesihatan Semporna.

Dalam pada itu beliau berkata, Semporna juga memperlihatkan peningkatan kes penyakit alat kelamin terutamanya Gonorhea sebanyak 20-peratus dan Syphilis 33-peratus.

Jelasnya, sebanyak 38 kes penyakit kelamin dikesan tahun lepas meningkat kepada 45 kes tahun ini manakala syphilis daripada 6 kes tahun lepas kepada 8 kes tahun ini.

Beliau berkata, antara faktor peningkatan kes berkenaan disebabkan banyak melibatkan hubungan sejenis selain diperolehi dari tempat lain dan dibawah ke daerah ini.

Sehubungan dengan tu, DR Shameer berkata, pelbagai usaha telah dan akan dilakukan pihaknya untuk mengurangkan peningkatan penyakit tersebut termasuk mengadakan perbincangan diperingkat negeri dan kementerian selain melaksanakan aktiviti penerangan yang memberi fokus kepada pelajar bagi mengelakkan kes tersebut daripada terus meningkat. – mytawau.com

#BESTAWAUfm

You may also like...

Leave a Reply