CARA MERAWAT PENYAKIT GAUT YANG PALING PELIK TAPI BENAR

Sharing is caring!

Hari ini saya ingin menceritakan satu petua cara merawat penyakit gaut paling pelik, yang mungkin anda tidak pernah dengar dan akan merasa jijik bila mendengarnya.

Tetapi hakikatnya inilah petua tersembunyi satu rahsia penawar yang ada pada tubuh kita.

Pada mulanya saya tidak mahu berkongsi petua yang pelik ini, tetapi bila seorang sahabat saya yang pernah mengidap penyakit gaut yang amat parah telah mencuba petua ini dan kini gautnya telah sembuh membuatkan mata saya terkebil-kebil melihatnya bila beliau memakan makanan laut tampa memperdulikan lagi penyakitnya.

Oleh kerana ia adalah satu petua pelik membuatkan saya tidak berminat untuk kongsikan sebab ia tidak sesuai untuk anda semua, tetapi sebagai satu pengatahuan saya sampaikan juga petuanya disini.

Empat bulan dahulu beliau pernah mengidap penyakit gaut yang kritikal telah bertanya kepada saya, adakah petua yang boleh menghilang penyakit gautnya, kerana segala ubatan telah di cubanya tetapi tidak satu pun berjaya menyembuhkan gautnya.

Saya pun memberi petua yang pelik ini dengan mengajarnya kerana yakin beliau tidak akan membuatnya sebab petua ini amat pelik.

Caranya rawatannya waktu pagi semasa hendak membuang air kecil saya menyuruhnya kencing di tempat yang beliau kerap menjadi gaut sambil berkata “ cis tak malu tempat aku kencing pun penyakit ini duduk”.

Mungkin kerana beliau tidak sanggup menahan sakit gautnya beliau memcuba petua ini dan kini katanya beliau tidak pernah mengidap lagi penyakit gautnya.

Bagi orang sekarang mungkin akan ketawa bila mendengarnya tetapi hanya orang yang mengidapnya sahaja yang tahu erti penderitaan bila mengidapnya.

Di sini saya tidak menyuruh anda mencubanya kerana hanya ingin menceritakan petua yang pelik ini sahaja, jangan mencubanya pulak

Kredit Md Rosdi Hasan

You may also like...

Leave a Reply