Jangan Malu Bercakap dan belajar bercakap Dusun!!!!!!!!!!! Hargai Bangsa dan Bahasa Sendiri.

Sharing is caring!

Pengajaran: Jangan Malu Bercakap dan belajar bercakap Dusun!!!!!!!!!!! Hargai Bangsa dan Bahasa Sendiri.

Ada seorang pemuda berpeluang melanjutkan pelajaran ke Amerika. Inilah pertama kali dia ke luar negara dan sudah tentu begitu teruja dan berasa bangga kerana akhirnya seorang anak dusun berjaya menjejakkan kaki ke menara gading di negara orang.

Pada suatu hari, ketika dia sedang mengulangkajipelajaran bersama kawan-kawannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

“Hello,” kata suara sayup-sayup di hujung sana. Lalu dia menjawab, “Hello, who is this?” “Yoho boh ti, tina nu. Okuro-kuro ko noh?” Suara ibunya yang cukup ceria melepaskan rasa rindu di hati. Pemuda itu memandang ke kiri dan ke kanan, semua rakannya memandang dia. Lalu dia berkata, “Yes mummy, I’m fine. but, bla…bla…bla…” “Nunu toi gia komoyon nu noh?” jawab ibunya. Tetapi pemuda itu terus saja bercakap ‘orang putih’. Kerana jengkel, si ibu memutuskan talian. 

Si ibu tunduk sedih memikirkan anaknya yang sudah tidak pandai berbahasa Dusun (atau pura-pura tidak pandai!). Tiba-tiba telefon si ibu berbunyi, sms masuk. Si ibu membuka sms, rupa-rupanya daripada anaknya. Sms itu berbunyi:

NO CURE ROW TWO OWE CORE KARATE DEITY BORROWS CUE?

kredit pic: https://www.facebook.com/nanak85freelance

You may also like...

Leave a Reply