SEBUAH DRAMA EPIK EBI KORNELIS “LAMBAI CINTA”

Sharing is caring!

Alhamdulillah Saya bersyukur ke hadrat Allah
S. W. T, Drama Epik pertama bahasa Bajau Samah Akhirnya di mainkan Pada setiap Isnin hingga Rabu jam 7 malam di TV1 bermula pada 10 jun 2019.

Terima kasih kepada RTM kerana menayangkan Drama ini pada waktu Prime time, Bukan senang dapat slot jam 7 malam.Saya terharu sangat.Drama ini selain menggunakan Bahasa Bajau Samah, ada juga bahasa dusun tindal, Lotud,Liawan dan Bangkahak. Drama ini saya ilhamkan dari Tahun 2013,Alhamdulilah dapat juga di buat pada tahun 2017.

Terima kasih banyak kepada semua yang terlibat.Terima kasih juga kepada nama2 yang saya di izin kan untuk guna dalam drama ini. Al Fatihah untuk salah satu watak utama yang memegang Watak Embo Atuh’ Bapa Rashid Diman.
p/s = Ayat ini saya ingat sampai mati.
“NYAUN SIGOH PENGENDAAN NU BUANGKUT” ??
#limbaicinta#tv1#rtm#finas#shooting#director#sharedulu#ceritakitakebangaankita

Saya bersyukur Allah temukan saya dengan insan2 yang berBakat dalam bidang Lakonan.mereka ini lah Anak2 Bajau samah yang berusaha bermati matian mahu menjayakan Drama Ini, kerana mengangkat budaya & warisan kebangaan nenek moyang.Mereka hadir sewaktu sesi audition. Saya mendapat offer dari seorang rakan ingin membuat satu program khas bagi menghargai karya ini bersama pemimpin.Saya menolak, kerana tidak perlu untuk itu.Saya buat karya ini dari hati, impian lama yg tersimpan, dari idea sebuah filem menjadi drama TV. .Doakan saja ada lagi rezeki saya untuk menerbitkan drama sebegini di masa akan datang.Terima kasih untuk pelakon2 ini. tanpa tenaga kamu tidak adalah drama ini.Semoga kita sama2 sukses dalam bidang ini.””Kam noh sek ku yang paling alab tak dunia kok akhirat”
#limbaicinta

Saya Mohon 1 orang 1share, kalau dapat share juga di wsapp atau mana2 yang buli.Saya sayang cerita ni?, ramai yang betungkus lumus, berhujan berpanas sampai berdarah darah anggota badan menjayakan drama ini.Tolong saya promo cerita ni, cerita kebangaan kita, drama epic bajau Samah pertama di T. V. maklum lah saya tiada bajet untuk buat promosi untuk drama ini. Kamu lah harapan Saya.Saya enda minta duit kamu tapi minta tolong share semampu buli.Di mana lagi buli dapat cerita begini nanti. cerita ini hanya di mainkan 3 minggu saja, tidak lama. mohon sapot ya..??Terima kasih.Hajat yg di simpan lama sudah tertunai untuk orang2 Bajau Samah dan menggabungkan beberapa bahasa ibunda Sabah yg lain. alhamdulilah 
#share#satuurangsatushare #limbaicinta#tv

Kredit : Ebi Kornelis (Ebi AF5)

Kita tolong share , sekaligus kita support orang kita ! ?

#SharingIsCaring
#SiapaLagiKalauBukanKita
#EbiKornelisAF5
#ProudToBeSabahan!
#PenyambungWarisan

You may also like...

Leave a Reply