Gempa Bumi 7.4 magnitud di Jakarta, berpotensi Tsunami
IBU negara Indonesia, Jakarta dilaporkan dilanda gempa bumi sekitar 15 minit lalu.
Portal berita Kompas melaporkan, gempa bumi berukuran 7.4 magnitud itu berlaku pada pukul 7.03 malam (waktu tempatan). – Astro Awani
#Gempa Mag:7.4, 02-Aug-19 19:03:21 WIB, Lok:7.54 LS,104.58 BT (147 km BaratDaya SUMUR-BANTEN), Kedalaman:10 Km, Potensi tsunami utk dtrskn pd msyrkt #BMKG pic.twitter.com/IjXDhOzL98
— BMKG (@infoBMKG) August 2, 2019
Gempa bumi itu dilaporka berpotensi mengakibatkan Tsunami.
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia hari ini menggesa orang ramai yang tinggal berhampiran pantai agar berpindah ke kawasan tinggi selepas amaran tsunami dikeluarkan semasa gempa bumi berukuran 7 magnitud melanda pulau Sumatera dan Jawa.
Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan satu amaran tsunami selepas gempa yang mana Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan ia berlaku pada kedalaman 59 kilometer dan jarak kira-kira 227 kilometer dari bandar Teluk Betung dan wilayah Banten di pulau Jawa.
Agensi mitigasi bencana Indonesia berkata menerusi Twitter bahawa, penduduk di sekitar pantai Banten perlu ‘berpindah ke kawasan tinggi’.
Setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan berlaku, tetapi gegaran boleh dirasai hingga ke Jakarta dan menyebabkan orang ramai lari keluar dari pejabat mereka.
Reuters / Berita Harian