Bekas isteri dihina kemaluan berbau ikan masin pelakon dipenjara 6 tahun
GARA-GARA mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube, pelakon Indonesia Galih Ginanjar bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun.
Menurut laporan CNN Indonesia, bekas isterinya yang juga seorang aktres Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah ‘dalam kain’ ketika mereka masih bergelar suami-isteri.
Menerusi pendedahan tersebut, Galih memberitahu hubungan kelamin yang dilakukan mereka hanya bertahan selama 15 minit.
Malah, lebih keterlaluan apabila Galih turut mendakwa alat sulit bekas isterinya berbau seperti ikan masin.
Ekoran isu tersebut, seluruh keluarga Fairuz turut berang dan bertegas mahu menegakkan keadilan buatnya.
Galih dan Fairuz berkahwin pada 2011 namun pada 2013 pasangan ini disahkan bercerai.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.Tags/Kata Kunci:Fairuz A Rafiq , Galil Ginanjar
Kredit To:
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2019/07/04/fairuz-a-rafiq/#hw0SZR6Jfeb4vvJv.99