MOBILISASI PEGAWAI PERUBATAN KKM DARI SEMENANJUNG MALAYSIA KE NEGERI SABAH

Sharing is caring!

Seramai 5 orang Pegawai Perubatan JKN Perak telah dimobilisasi ke Hospital Lahad Datu, Sabah iaitu masing-masing dari Hospital Teluk Intan, Hospital Slim River, Hospital Changkat Melintang, Hospital Selama dan Hospital Gerik.

Mereka telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu pada hari ini (28.9.2020) dan seterusnya akan menyambung perjalanan ke Lahad Datu esok ( 29.9.2020).Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.

Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira-wira negara ini!

Sumber: Noor Hisham Abdullah

You may also like...

Leave a Reply