KERANA RM5, PENIAGA KEDAI RUNCIT MAUT DI PUKUL

Sharing is caring!

Oleh JENNIFER TUGUNG MICHAEL
KOTA KINABALU: Hanya kerana RM5, nyawa seorang peniaga kedai runcit melayang selepas dipukul oleh beberapa suspek dalam kejadian di Kampung Pulau Penampang, Jalan Sulaman, Manggatal, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada beberapa suspek yang tidak berpuas hati dengan wang baki yang diterima anak mereka selepas membeli barang di kedai runcit milik mangsa.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun datang ke kedai runcit mangsa untuk membeli dua botol air mineral dengan harga RM2.

“Mangsa kemudian memulangkan baki sebanyak RM3 kepada kanak-kanak itu. Apabila dia pulang ke rumah, ibunya tidak puas hati kerana baki wang yang dikembalikan hanya RM3, sedangkan wang yang diberikan kepada anaknya RM10.

“Pada pukul 3.15 petang, ibu kanak-kanak terbabit kembali semula ke runcit milik mangsa dan berlaku pertengkaran mulut kerana mangsa menyatakan wang yang diberikan oleh anaknya hanya RM5,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, selepas itu, bapa kanak-kanak berkenaan pula datang ke kedai runcit mangsa lalu berlaku pertengkaran mulut sebelum lelaki itu memukul mangsa menggunakan batang paip dan kayu lalu melarikan diri.

Menurut beliau, suspek kemudiannya mengadu sakit di bahagian dada sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Beriktuan kejadian itu, beliau berkata, lapan suspek termasuk empat wanita ditahan polis di beberapa lokasi antara pukul 7 hingga 9.20 semalam.

Katanya, dua lagi suspek dipercayai melarikan diri dan sedang diburu.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian menemui tiga batang kayu dan satu batang paip plastik yang dipercayai digunakan oleh suspek yang masih bebas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

#borneotoday.net

You may also like...

Leave a Reply