Cara Dapat Bantuan B40

Sharing is caring!

SOALAN HANGAT NO 2
Halo , itu bantuan B40 mana mo dapat?

JAWAPAN KAMI :

Ini merupakan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah yang tersenarai di Langkah Kelima (5): Peruntukan Sebanyak RM80 Juta Bagi Membantu Golongan Berpendapatan Rendah B40.

Golongan Berpendapatan Rendah B40, Akan Diberikan Bantuan Tunai Secara “One-Off” Sebanyak RM300 Seorang
Pengagihan ini terbahagi kepada 4 kategori ;

1. Anak-Anak Sabah Yang Bekerja Di Semenanjung Malaysia (Dianggarkan Seramai 30,000 Orang);
Ini diselaras oleh Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Sila hubungi – 03 928 41977

2. Pemandu-Pemandu Teksi (Seramai 13,132 Orang);
3. Petani Atau Pekebun-Pekebun Kecil; Nelayan Dan Penternak (Seramai 169,630 Orang);
(2) & (3) Ini diselaras oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sila hubungi Pejabat Daerah Masing. Pembayaran bermula 26 Mac 2020.

4. “Porter” Dan Malim Gunung (Seramai 339 Orang);
diselaras oleh Sabah Parks Sila Hubungi 019 821 0707. Pembayaran bermula 26 Mac 2020.

Tuan / Puan boleh menghubungi 103 untuk mendapatkan no. telefon Pejabat Daerah agar kami dapat melayani panggilan yang lain.

You may also like...

2 Responses

  1. Stanly johnny Stanly johnny says:

    Mcmana mau cek senarai nama2 malim yg dapat

  2. Stanly johnny Stanly johnny says:

    Saya dapat yg 1.0. Pastu yg 2.0 langsung tiyada..

Leave a Reply