Kena Cari Kumpul Lebih 112 Kerusi Bentuk Kerajaan
SABAH TIDAK TERKAIT
( Sabah kuasa parti majoriti & TYT)
JIKA ada parti dalam PH meninggalkan PH dan PH gagal raih lebih 112, maka kena cari kumpul lebih 112 YB2.
Jika misal PPBM tarik UMNO PAS ditambah YB2 parlimen lain bersatu raih lebih 112, maka yang lebih 112 kena hadap/perkenan DYMM untuk tubuh kerajaan baru dan terserah siapa bakal PM.
Itupun jika DYMM siap sedia perkenan dan namanya parlimen bubar itu JAUH SEKALI.
Itulah cara tubuh kerajaan persekutuan dan serentak itu juga dipilih kepimpinan baru kabinet persekutuan kesan kabinet sebelumnya automatik bubar.
Sementara kerajaan Sabah termasuk Sarawak juga sama dikuasai oleh TYT negeri Sabah tapi mesti persetujuan parti2 yang perintah maka Sabah tidak goyah tetap kekal sebab Sabah tiada masalah.
Di Sabah dikuasai oleh WARISAN, UPKO, DAP dan PKR.
Kesan WARISAN, UPKO, DAP dan PKR majoriti itu makna di Sabah tiada masalah dan isu di federal tiada kaitan dengan Sabah termasuk Sarawak.
Nah, apa yang berlaku/diuar2kan di peringkat persekutuan tiada kaitan dengan Sabah. Ya, tidak ada kaitan.
Kononnya jawatan ketua menteri berubah itu tak lojik dan kedudukan yb2 PKR dan Dap di kabinet itu kuasa ketua menteri menentukan meski jika benar PKR, DAP dan AMANAH pusat tinggalkan PH.
Tentunya rakyat Sabah harus mengerti bahawa Sabah tetap pimpinan DS Shafie Apdal dan kedudukannya tidak akan goyah tambah kuat ada PPBM.
ISMAILY BUNGSU
24/2/2020