Sabah Menyambut Baik Belanjawan 2020

Sharing is caring!

Kerajaan Sabah menyambut baik Belanjawan 2020 yang memberi keutamaan kepada negeri ini terutama dalam membangunkan infrastruktur asas untuk rakyat serta tambahan peruntukan kepada kerajaan negeri.

Tambahan jumlah pemberian khas Kerajaan Persekutuan kepada Sabah daripada RM26.7 juta sebelum ini kepada RM53.4 juta tahun depan adalah perkara baik walaupun diakui tidak mencukupi.

Pertambahan tersebut menunjukkan perkara positif dalam rundingan antara Sabah dengan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta bayaran balik 40 peratus hasil bumi negeri.

Tentang 40 peratus itu sejak tahun 1970-an kita hanya terima jumlah RM26.7 juta tiada perubahan selama 40 tahun jadi kami bincangkan dalam mesyuarat berkaitan MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa mesti ada perubahan.

Sekarang ada perubahan walaupun bila saya kira jumlahnya cuma RM1 juta sejak 1970 tetapi seperti saya katakan ekonomi sekarang tidak cukup baik, hutang banyak, maka ada peningkatan daripada RM26.7 juta kepada RM54 juta, sekurang-kurangnya bolehlah membantu kita walaupun jumlahnya tidak cukup besar.

Belanjawan bertajuk Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama dan merangkumi 15 strategi itu menyaksikan Sabah sebagai penerima tertinggi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.2 bilion.

Sabah adalah negeri uang mempunyai jumlah populasi ketiga terbanyak di Malaysia serta yang kedua terbesar daripada segi saiz, justeru peruntukan lebih banyak diperlukan untuk pembangunan.

Bagaimanapun, belanjawan berkenaan cukup baik dan inklusif kerana setiap rakyat tidak kira agama dan bangsa mendapat manfaat.

Tambahan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan diharap akan menjadi fokus kepada Sabah untuk memastikan keselamatan di perairan negara dapat dijaga dengan baik.

Saya berharap sungguh peruntukan tambahan daripada segi Kementerian Pertahanan dan juga keselamatan, itu salah satu faktor yang kita akan lihat sama ada penempatan bukan sahaja aset yang diperlukan dan diletakkan di kawasan yang sepatutnya seperti kapal perang dan helikopter.

Dalam masa yang sama, saya juga berharap bukan hanya prasarana yang kita perlu tambah tetapi kos operasi minyak, kalau tidak ada minyak di situ maka bot-bot tidak boleh jalan, apa pun saya ucapkan terima kasih.

Pengumuman kerajaan meneruskan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo memang diperlukan kerana membolehkan pemboleh ubah ekonomi seperti bekalan air dan elektrik serta jalan raya dapat dibina bagi menarik kemasukkan pelabur.

Ini merupakan satu prasarana yang bukan hanya menarik pelabur yang datang tetapi akan mengurangkan kos operasi untuk semua barangan yang akan diangkut ke pelabuhan.

Sumber: Shafie Apdal FB

You may also like...

Leave a Reply