Bukit Naundarangan bakal jadi eko Pelancongan yang baharu di Keningau

Sharing is caring!

Cahaya Sakinah Picture: Pemandangan Bukit Naundarangan

Berpotensi menjadi tempat pelancongan yang menarik di daerah keningau, juga sesuai bagi yang gemarkan aktiviti lasak seperti Hiking dan pengembaraan menikmati keindahan alam semulajadi.

Terletak di daerah keningau tempat ini di nama kan Bukit Naundarangan, dimana terdapat Air Terjun 3 tingkat yang ditumbuhi dengan bunga terbesar di dunia yaitu Bunga Rafflesia, dan juga tumbuh-tumbuhan unik yang lain.

Cahaya Sakinah Picture: Laluan ke Bukit Naundarangan

Sekumpulan pelajar dari sekolah SMK Keningau 2, rata-rata pelajar tingkatan 6 telah berjaya untuk sampai ke Bukit Naundarangan, mereka berpendapat bahawa Bukit Naundarangan adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan yang baharu di daerah keningau.

Untuk sampai ke Bukit Naundarangan, kumpulan pelajar tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer, disebabkan laluan jalannya sangat daif maka sebarang kenderaan tidak boleh melaluinya.

Walaubagaimanapun, menurut guide KK Patrick Usak selaku ketua kampung muhibbah terdapat juga permohonan untuk pembaikan jalan tersebut, dan masih menunggu berita baik dan perhatian dari pihak berkenaan. Rombongan pelajar yang mewakili pengusaha pelancongan itu turut merayu agar pihak berkenaan atau kementerian pelancongan dapat mengambil perhatian sewajarnya.

Hal ini kerana tempat tersebut berpotensi menjadi pusat eko pelancongan yang menarik di keningau khususnya di negeri sabah, selain dapat memperkenalkan keningau sebagai distinasi pelancongan menarik, kita juga dapat memupuk semangat masyarakat yang cintakan alam semulajadi dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan berhiking dan sebagainya.

Kredit: Cahaya Sakinah FB

You may also like...

Leave a Reply