Aksi Cemerlang Luqman Laji di Silat Terbuka Malaysia

Sharing is caring!

Pesilat seni tunggal lelaki dan wanita negara masing-masing memulakan langkah positif selepas berjaya mara ke peringkat final Kejohanan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia 2019. 

Luqman Laji mempamerkan aksi cemerlang di hadapan juri sebelum muncul juara kategori tunggal lelaki peringkat Kumpulan A dengan kutipan 458 mata. 

Atlet yang akan membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA Filipina 2019 itu menyasarkan pingat emas dalam Terbuka Malaysia untuk menjadikannya sebagai motivasi menjelang temasya dwitahunan tersebut.

“Saingan agak sengit daripada wakil Singapura. Saya bersyukur kerana berjaya ke final dan mampu meraih pingat emas,” kata Luqman.

Sementara itu, pesilat tunggal wanita negara, Nur Syafiqah Hamzah, turut mengesahkan tempat ke pentas final selepas meraih 455 mata dalam saingan peringkat Kumpulan B. 

Pesilat berusia 25 tahun itu, yang baru menyertai skuad kebangsaan sejak Julai lalu, mengakui berdepan cabaran sukar dalam usaha meningkatkan prestasinya, apatah lagi bakal dipertaruhkan di Filipina buat kali pertama. 

“Saya baru sahaja menyertai skuad negara dan agak tertekan menampilkan yang terbaik. Saya mahu berusaha memberikan persembahan terbaik dalam final nanti,” kata Syafiqah. – stadiumastro.com

You may also like...

Leave a Reply