Pemburu Kepala “Headhunters” Kaum Dusun Tambunan
Di dalam bahasa Dusun, istilah yang dipakai untuk merujuk kepada aktiviti headhunting adalah “mangayou”.
Istilah “misangod” pula istilah umum yang bererti “saling bermusuhan” atau “saling memerangi/berperang” iaitu dari kata “mi” ertinya “saling” dan “sangod” yang ertinya “musuh” atau di dalam konteks ayat tertentu, bole juga diertikan sebagai “perang”.
Maka, istilah ini merujuk kepada kagiatan peperangan secara umumnya, ketika ada dua belah pihak saling bertembung untuk berperang; kegiatan “misangod” selalunya melibatkan aktiviti “mangayou”.
Kegiatan headhunter direkodkan oleh Darlymple seawal tahun 1763 di kalangan kaum Dusun, tetapi bukti arkeologi menunjukkan kegiatan ini kemungkinan sudah bermula up 600 tahun lalu, dengan penemuan ukiran manusia memegang kepala manusia di keranda purba kaum Dusun di Kinabatangan (Sauman, 2017:80).
Kegiatan headhunting dijalankan entah secara individual ataupun berkumpulan. Sasaran adalah kampung sebelah atau bahkan kampung yang agak jauh. Di dalam catatan John Whitehead misalnya, beliau menuliskan mengenai serangan kaum Dusun Kiau yang bergabung headhunter dari Teung-Tuhan menyerang perkampungan yang 4 hari jauhnya dari mereka (Whitehead, 1893:184).”
Pada zaman dahulu, Tambunan merupakan salah satu daerah yang mengamalkan kegiatan headhunting tidak hanya di antara kampung, bahkan juga di antara daerah yang beratus kilometer jauhnya.
Datuk admin pernah bercerita mengenai nenek moyang mereka pada zaman dahulu, pergi berburu kepala dari Tambunan ke Keningau, Tenom dan sampailah ke Rundum.
Menurut beliau, daerah Rundum agak berbahaya, kerana para pahlawan mereka menyerang dengan menggunakan sumpit.
Cerita ini nampaknya juga ada direkod di dalam buku Bro. Peter R. Phelan, di mana beliau menuliskan mengenai rumah tengkorak di Kampung Karanaan Tambunan bahwa beberapa tengkorak di sana berasal dari kaum Murut dari Rundum, di mana jaraknya sekitar 90 batu atau 150 KM (Phelan, 1994:65-66).”
Jarak daripada Tambunan ke Rundum menurut pengiraan “goggle maps” adalah 179 KM. Selain daripada itu, terdapat juga rumah tengkorak di Kampung Kituntul.
Mengenai rumah tengkorak di kampung Kituntul juga terdapat tengkorak kaum Murut yang headhunter Dusun Tambunan peroleh dari kawasan Tenom, yang jaraknya sekitar 50 hingga 60 batu atau 80-96 KM ke arah selatan (Phelan, 1994:70).”
Jarak dari pekan Tambunan dan pekan Tenom menurut goggle maps pula adalah sejauh 61.08 batu, yang bersamaan dengan 98.52 Kilometer jauhnya. Untuk sampai ke daerah Tenom, headhunter Dusun Tambunan perlu berjalan kaki selama beberapa hari lamanya.
Selain daripada itu, terdapat sejarah lisan lain mengenai ekspedisi headhunting yang dijalankan oleh para pemburu kepala dari Kampung Sunsuron Tambunan menyerang suku Dusun Tompulung di daerah Telupid.
Kisah ini terjadi 7 generasi yang lalu, iaitu sekitar tahun 1800an. Ketika itu, dua pahlawan hebat Dusun Tompulung bernama Yambai dari Telupid dan yang satu lagi adalah Mengavi dari Kampung Wonod menjadi pahlawan yang mempertahankan kawasan mereka dari para headhunter Dusun Tambunan dari Sunsuron (Shim, 2007:120).” Jarak di antara Tambunan dan Telupid menurut goggle maps adalah sekitar 150 KM jauhnya.
Serangan headhunting yang dilancarkan kaum Dusun Tambunan selalunya ke daerah jiran, misalnya ke Penampang, ke Ulu Tuaran, ke Ranau, ke Papar, ke Kimanis dan ke Keningau.
Misalnya, serangan kaum Dusun Tagahas ke atas daerah pesisir seperti Kimanis, Kinarut sampai ke Putatan di bawah pimpinan seorang pemburu kepala dari Tambunan pada zaman British Company.
Kegiatan headhunting di kawasan jajahan British ini telah memaksa British untuk melancarkan ekspedisi menentang para headhunter tersebut, di mana serangan pertama dilancarkan pada tahun 1883 di bawah pimpinan commandant pasukan British ketika itu, iaitu de Fontaine.
Tambunan pada tahun 1883 hingga tahun awal Januari 1900, belum berada di bawah jajahan British.
Ekspedisi ini terdiri daripada empat orang pegawai Eropah, 24 orang Sikh dan Dayak serta lebih dari 300 orang Dusun pesisir, tetapi mereka hanya berjaya membunuh sedikit headhunters Dusun Tagahas (Black 1970:236-237).”
Kaum Dusun Tambunan terus menentang British dengan menyerang wilayah jajahan British di pesisir Pantai Barat Sabah sampailah tahun 1900.
Pada Januari 1900, Tambunan rasminya dijajah oleh British, setelah perang British dan Dusun Tambunan yang bermula seawal tahun 1883, berakhir pada tahun 1900 – by Dusunology, 22 September, 2019.