Boon Siew Honda (BSH) ADV 150 Akan Masuk Pasaran Malaysia?

Sharing is caring!

Gambar google

PADA Julai lalu, Honda ADV 150 rasmi berlabuh di Indonesia. Kehadiran pesaing kepada Yamaha NVX 155 itu berjaya menarik perhatian ramai peminat motosikal dunia, termasuk Malaysia yang terpaksa pasrah melihat model itu dalam skrin telefon pintar masing-masing.

Sekarang, kami ada berita gembira buat anda!

Hasil risikan dengan sumber atasan Boon Siew Honda (BSH), ADV 150 berpotensi besar untuk masuk ke pasaran Malaysia. Perbincangan bersama pengurusan Honda di Jepun kini sedang dibuat untuk membolehkan skuter advencer itu dibawa masuk ke negara ini. Bagaimanapun bilakah masa yang tepat masih belum dapat dipastikan.

Gambar google

Jadi boleh disimpulkan, jika BSH mendapat lampu hijau dari Jepun, maka dapatlah peminat Honda memiliki ADV 150. Adakah skuter advencer itu akan tersenarai dalam model 2019? Jika segalanya berjalan lancar, memang tidak mustahil diperkenalkan tahun ini.

Sebagai makluman, BSH menyenaraikan 13 model untuk 2019, terdiri daripada produk baharu dan naik taraf. Buat masa ini, antara model yang sudahpun dilancarkan ialah Super Cub 125, CB1100 RS, CBR1000RR Fireblade SP, CB250R, CRF250 Rally, CBR500R, CB500F dan CB500X. Jadi masih ada baki lima model belum diperkenalkan.

ADV 150 dijana enjin 4-lejang 149.3cc SOHC berkuasa 14.5hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan transmisi V-Matic. Di Indonesia, model itu dijual pada harga sekitar Rp33.5 juta (RM9,967).

Sumber: pandulaju.com.my

You may also like...

Leave a Reply