Kerja Pemetik Buah Australia Dengan Visa 3 Tahun

Sharing is caring!

Pemetik buah Australia diberi tempoh duduk secara sah 3 tahun

Isnin baru ini, 5 Nov. PM Australia Scott Morrison telah mengumumkan bahawa ”Backpackers Visa” ataupun Working Holiday Visa dipanjangkan selama 3 tahun.

Yeahhhh.. maka ramai rakyat Malaysia yang teruja dengan berita baik ini. Kita raikan.

Namun bagi yang belum pernah pergi memetik buah di Australia, ada beberapa hal yang saya jelaskan disini, untuk berkongsi pada anda realiti sebenarnya. Sekaligus akan bagi gambaran jelas tentang VISA ini.

First of all. Perlu bagi definisi Visa & Passport, sebab masih ada yang bertanya.

Passport : Adalah ID kita ketika berada di luar negara. Macam IC, cuma IC hanya sah di dalam negara sahaja. Harap Maklum.

VISA pula adalah permit kebenaran untuk kita masuk dalam sesebuah negara. Ada negara tidak syaratkan Visa. Ada negara Wajib ada Visa. Visa ini pula ikut jenis, ada yang boleh holiday saja, ada yang boleh holiday & bekerja sekali. So ini bergantung pada jenis visa.

So untuk Traveller@Visa backpackers 3Tahun ini pula macamana?

Status terkini setelah semak website kerajaan Australia sekali lagi, Malaysia adalah termasuk dalam “Visa Backpackers“ ini. Visanya adalah SUBCLASS 426.

1. Visa Backpackers yang dimaksudkan, diberi tempoh duduk 3tahun itu adalah Visa Subclass 417 & 462. Working Holiday Visa. Boleh bekerja disamping menjelajah Aussie.
Dengan syarat sekurang-kurangnya 6bulan Wajib bekerja dalam sektor pertanian.

2. Satu lagi Visa yang ramai orang Malaysia pekerja ladang mohon untuk masuk ke Australia adalah Visa Subclass 601 iaitu hanya untuk tujuan travel sahaja & tidak dibenarkan bekerja. Malaysian ramai pakai Visa ni. Visa ini valid selama 3bulan sahaja & perlu keluar.

Sekiranya mahu kerja secara legal (Petik Buah) boleh apply Visa jenis Sublclass 462.

Pemegang Passport yang layak untuk Visa Sublclass 462 ini termasuklah (Argentina, Austria, Chile, China, Czech Republic, Hungary, Indonesia, Luxembourg, Malaysia, Peru, Poland, Portugal, San Marino, Singapore, Slovak Republic Spain, Thai, USA)

Cuma untuk makluman Visa ini sangat susah & terhad. Siapa cepat akan dapat. Bergantung nasib. Ada yang lulus ramai yang gagal. Mungkin juga ramai yang tidak tahu, kewujudan Visa ini. Kerana kita bukan bangsa membaca. Saya pun baru tahu.

Sebab itu ramai yang prefer ambil jalan HITAM iaitu Subclass 601 (24 jam lulus, mudah dan tidak terhad) janji dapat masuk tapi kekurangannya bekerja tanpa permit yang sah di ladang-ladang Australia.

Jadi buat Malaysian yang seronok sangat tu, Visa Backpackers yang diuar-uarkan itu tidaklah semudah yang disangka. Majoriti Malaysian yang kerja ladang memakai Visa 601. Bukannya 462. Ini perlu faham.

Visa Sublcass 601, terhad selama 3bulan sahaja stay & tidak layak bekerja dengan Visa ini. (Ramai langgar, pandai-pandailah cover)
Pelanggaran terhadap visa ini akan dikenakan denda iaitu 3tahun diban tidak boleh masuk Aussie sekiranya sudah keluar.

Namun, ada insan mulia yang sedang bertungkus lumus fight untuk kebajikan rakyat Malaysia khususnya, supaya diberikan Visa yang sah, diberi gaji setimpal. Mereka adalah NGO Union Australia. Rujuk beliau & beri kerjasama dengan beliau apa-apa melibatkan Visa Anda.

3. Isu visa ini menjadi fokus kerajaan kerana ramai owner ladang yang buat komplen. Tidak cukup pekerja ladang. So maksudnya apa disini? Mereka perlukan orang luar kan?

Padahal ramai warganegara Australia yang Jobless, Homeless duduk tepi jalan di flinders street, meminta $$. Mereka ada peluang pekerjaan yang sangat besar dalam sektor perladangan..

Tapi biasalah ‘Kirija ladang’ kotor, panas, berat, penat, berpeluh bro!!! Mana dorang mahu buat. Sebijik saja perangai kita macam orang Australia.

Padahal Julai 2017 yang lalu, masa tu PM lama Malcolm Turnbull mansuhkan Skill visa 457 dan tukar dengan visa lain, untuk tujuan mengurangkan kemasukkan imigrant luar. Rupanya polisi tu tidak menyelesaikan masalah malah, menambahbkan masalah lagi.

Lepas tu bila kerajaan tukar polisi macam ini, netizen dorang pun kuat Bunyik. Ayatnya macam ni “Awat bawa masuk ramai orang-orang luar untuk kerja dinegara kita, padahal Rakyat sendiri banyak menganggur“.

Sebiji kan? macam kita marah bangladesh.. masuk ramai-ramai.. hakikatnya mereka suka makan buah-buahan, sayur-sayuran segar bugar, minum susu lembu/kambing.

Tetapi mereka seolah-olah lupa bahawa buah-buah, sayur, semua itu perlu di PETIK terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam MULUT.
Mereka tidak mahu memetik, tetapi hanya tahu makan saja. Dia lupa cara mendapatkan hasil bumi itu memerlukan manusia juga.

Isu ni merupakan isu Global melanda seluruh dunia. Kalau kita orang Malaysia malas, ni mau cakap, orang Australia berganda-ganda Malas
Baca : Tidak semua malas.

4. Akhirnya, bertebaran lah kamu di atas muka bumi ini, dengan tujuan masing-masing.
Tidak salah cari dollar, tidak salah travel. Yang selalu salah adalah manusia yang selalu kabur matanya disebabkan Dollar. Done!

5. Rujuk Link dibawah.

Surat Terbuka dari Ladang Australia : https://www.facebook.com/100000550992220/posts/2121318887896457/

Visa Subclass 462 : https://www.homeaffairs.gov.au/trav/visa-1/462-

News : https://www.sbs.com.au/…/visa-change-will-see-farmers-emplo…

https://www.australia-backpackersguide.com/changes-working…/

You may also like...

Leave a Reply