Papakang (Batu Ajaib) Lambang Persaudaraan dan Kesatuan Bangsa Dayak Dusun

Sharing is caring!

Dusunology pic

Papakang berasal dari istilah “papak”, istilah yg bererti “pukul”, misalnya memukul paku menggunkan tukul dan memukul jarum ketika membut tatoo. Di dalam konteks istilah Papakang, ia merujuk kepada alat berupa batu atau kayu yg dipakai oleh kaum Dayak Dusun pada zaman dahulu kala untuk memukul kulit kayu ketika membuat pakaian.

Cerita legenda Papakang merupakan cerita epik, di mana terdapat 7 bersaudara di Nunuk Ragang yang berpisah dan berhijrah ke daerah-daerah seluruh Sabah. Kerana rindu dengan abang-abangnya, anak bungsu dari 7 adik-beradik itu menjalankan inisiatif untuk berjumpa kembali dengan 6 abang-abangnya yang lain, untuk menyatukan 7 kepingan batu papakang tersebut. Berikut merupakan singkatan dari cerita legenda tersebut (summary):

“Suatu hari, tujuh orang adik beradik pergi ke Sungai Liwagu, Nunuk Ragang, untuk mandi. Ketika sedang mandi, mereka melihat batu ajaib di dasar Sungai Liwagu, dan batu tersebut bercahaya. Mulai dari anak pertama sampai anak ke enam, kesemuanya gagal mengambil batu tersebut.

Kemudian anak bungsu yang bernama Lintobon telah pergi menyelam, dan berjaya mengambil batu tersebut keluar dr dasar sungai. Batu tersebut sebesar pergelangan tangan, berwarna hitam dan memiliki banyak goresan.

Ketujuh-tujuh adik beradik itupun bertengkar kerana masing2 ingin memiliki batu ajaib tersebut. Kemudian datanglah bapanya, memecahkan batu tersebut, membahagi-bahagian ketujuh bahagian batu tersebut kepada ketujuh-tujuh anaknya, sehingga mereka kesemuanya berhenti bertengkar.

Ketujuh batu yg dipecah-pecahkan itulah yg disebut ‘Watu Papakang’. Bapanya berpesan kepada anak-anaknya bahwa, ketika mereka kelak keluar berhijrah ke serata Sabah dan kemudian anak cucu mereka bertemu, pecahan batu Papakang itu merupakan tanda persaudaraan mereka, iaitu mereka berasal dr leluhur yang sama.

Bapanya jg membuat tujuh tajau ‘tagaman’ dan memberikan kepada ketujuh-tujuh anaknya, sebelum 6 anak-anakya mula keluar berhijrah ke seluruh daerah-daerah di Sabah, meninggalkan adik bungsu mereka di Nunuk Ragang bersama bapa mereka (Shim, 2007:77)”.

Secara tradisi, Papakang merupakan peralatan kaum Dusun kuno ketika membuat baju. Maka tidak menghairankan banyak artifak ini yang dijumpai di merata tempat di Borneo, misalnya di Nunuk Ragang, Ranau, Keningau, Tenom, Semporna, bahkan sejauh Kalimantan Tengah di Tanah Dusun di Kalimantan [Belanda : “Afdeeling Doesoenlandeen”], Kalimantan Tengah (Shim, 2007:79). Pada zaman Belanda, Tanah Dusun terdiri dari kawasan2 yang hari ini dikenali sebagai :

1. Barito Selatan

2. Barito Timur

3. Barito Utara

4. Murung Raya

Sekitar tahun 1850, daerah Tanah Dusun (Barito Raya) terbagi dalam beberapa daerah pemerintahan iaitu (ejaan Belanda) : Kiaij Martipatie, Moeroeng Sikamat, Dermawijaija, Kiaij Dermapatie, Ihanjah dan Mankatip.

Kaum Dayak Dusun masih wujud pada hari ini di Kalimantan, tetapi mereka kini masuk dalam kelompok Dayak Barito dan berbahasa dialek Barito, kemungkinan krna telah berkahwin campur dengan Dayak Barito di sana.

Terdapat batu Papakang telah dijumpai di kawasan Kalimantan Tengah, di desa yang disebut “Ampah”, di mana ia kemungkinan bukti adanya kaum Dayak Dusun dr Sabah yang berhijrah ke Kalimantan ratusan tahun dahulu (Shim, 2007:79).

Papakang yang dijumpai di Bukit Tengkorak, Semporna, menurut Muzium Sabah telah berusia 600 tahun, membuktikan terdapat kaum Dusunic di kawasan Semporna 600 tahun dahulu.

Terdapat pendapat mengatakan kemungkinan suku Idaan telah membawa Papakang tersebut di Semporna 600 tahun lalu, di mana mereka memperoleh Papakang tersebut dr saudara mereka dr suku kaum Dusun Sukang dr Telupid (Shim, 2007:78).

Kaum Dusuni yang lain, berhijrah dengan belayar ke arah utara membawa Papakang mereka masing-masing menuju Pulau Palawan, Negros dan Panay di Filipina (Shim, 2007:79).

Singkatnya, Batu Papakang merupakan tanda asal usul suku-suku Dusunic dan juga suku-suku Paitanic, di mana hampir semua mereka berasal dari Nunuk Ragang. Ketika mereka berhijrah dan berkembang banyak, watu papakang mereka jg semakin banyak.

Di mana mereka berada, mereka akan membawa watu papakang mereka. Akan tetapi, hanya ada 7 watu papakang yang asli, yang diukir dengan ukiran khas. Tidak diketahui siapakah pemegang 7 watu papakang asli tersebut hari ini

– By Dusunology, 3 September 2019.

You may also like...

Leave a Reply