Video Pemuda Mengamuk Bendera Malaysia dipasang Terbalik
Pemuda Selamatkan Bendera Malaysia
Seorang pemuda dilaporkan mengamuk dihadapan sebuah rumah milik sebuah keluarga berbangsa Cina kerana mengantung jalur gemilang terbalik.
Kejadian dilaporkan berlaku malam tadi di Senggarang, Batu Pahat, Johor dan viral di media sosial.
Mengikut video berkenaan pemuda berkenaan bertindak menjerit supaya pihak yang menggantung bendera terbalik berkenaan keluar dari Malaysia kerana gagal menghormati Negara ini.
Pemilik rumah yang keluar bersama ahli keluarganya kemudiannya membetulkan jalur gemilang berkenaan.
Tindakan pemuda itu mendapat pujian daripada warga maya.