Viral Kisah Pernikahan Seorang Jejaka dengan Gadis PUBG Online!
Hari ni viral berkenaan kisah pernikahan seorang jejaka dengan seorang gadis yang dikenalinya melalui PUBG online.
Kisah itu viral bukan hanya kerana mereka berkenalan melalui permainan online, tetapi juga kerana gadis itu adalah seorang yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah.
Saya tumpang gembira! Aishah Zaid adalah antara pesakit yang saya sentiasa pandang tinggi. Dia seorang yang berkeyakinan, dan berani. Saya bertemu dia ketika dia tiada itu semua.
Tak silap saya, dia masuk ke wad rehabilitasi pada tahun 2017, setelah jalani pembedahan tulang belakang susulan kecederaan akibat kemalangan. Saya doktor yang di tugaskan jaga dan pantau perkembangan dia.
Saya diberitahu bahawa Aishah adalah seorang high achiever sebelum dia lumpuh. Aktif, lasak, dan ceria. Sportwoman! Namun, bila saya jumpa dia, apa yang saya boleh kata adalah—She was a miserable lady at the time.
Semua benda ibu dia yang buatkan. Jawab soalan yang ajukan, pun ibu dia yang buat. Dia menangis sepanjang masa. Saya beranggapan dia malu dan kekok diperiksa doktor lelaki. Mungkin malu kerana ketidaksempurnaan dia. Mungkin juga kemurungan(depression).
Itu masalah besar.
Kami(tim rehab) tak akan dapat bantu dia kalau dia tak beri kerjasama dalam pelan pemulihan. Oleh kerana dia telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu saya, maka saya perlu lakukan sesuatu.
Antara perkara benda yang pertama yang saya lakukan untuk mendapat kepercayaan Aishah adalah memberi bacaan untuk dia. Saya beri dia baca buku Cakar Ayam Seorang Doktor, dan kemudian hantaran-hantaran Facebook saya.
Seperti yang kalian tahu, di Facebook saya ni banyak bahan bacaan positif. Ada juga cerita kelakar dan seram. Malah ada juga tentang pengalaman saya merawat pesakit rehab sebelum-sebelum ini.
“Cerita yang doktor tulis tu, dekat hospital ni ke?”
Itu antara soalan yang dia tanya bila saya jenguk dia di wad di pagi hari. Bila dia tanya begitu, saya tahu saya dah berjaya “break the ice”, dan hanya selepas itu kami kerjasama penuh daripada dia.
Alhamdulillah juga tim rehab saya terdiri daripada insan-insan yang sentiasa bersemangat nak bantu pesakit. Kami latih dia berdikari. Kami latih dia guna kerusi roda. Kami latih dia sampai dia ada keyakinan diri.
Aishah memang kental. Dia redah je apa pun cabaran semasa latihan. Jatuh, rebah, tersungkur, dia bangun semula. Walaupun dia tak boleh berdiri, dia tetap bangkit! Kalau dulu dia sportswoman, kini dia superwoman.
Bila dia kata dia nak sambung/habiskan pengajian dia. Kamilah orang yang paling gembira sekali. Itu tandanya Aishah dah lepas fasa mengenang nasib. Dia dah masuk fasa melakar nasib masa hadapan dia.
Kami bantu dia sampai dia boleh sambung belajar.
Bila dia mula main PUBG yang dikatakan merosakkan tu, saya antara orang yang lihat positif perkara itu. Dia sebelum ni aktif dan lasak, kemudian lumpuh dan berkerusi roda. PUBG beri dia peluang “berjalan” semula. Kalau dia gembira, kami sebagai doktor dia, turut gembira.
Namun paling kami gembira, bila kami terima berita, dia telah disatukan dengan insan yang menerima dia apa adanya. Satu kemenangan buat kami.
Jika seorang guru gembira melihat anak murid dia berjaya, kami doktor ni akan gembira lihat pesakit kami berjaya atasi penyakit atau kekurangan mereka.
Semoga Aishah dan pasangan kekal bahagia.
KREDIT TO:
Ikhlas,
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Rehabilitasi Jiwa dan Raga