Kasihnya Ibu Hingga Ke Liang Lahat
Doaku Untukmu
Kasihnya Ibu Hingga Ke Liang Lahat
Zakat Iringi Air Mata Ibu
Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor menerima info seorang pemuda yang telah terlibat dalam kemalangan dua bulan lalu. Pemuda ini berasal dari Sabah dan merantau seorang diri di Selangor untuk mencari rezeki bagi meyara keluarga di Sabah. Kemalangan berlaku 2 bulan lalu akibat terbabas ketika menunggang motorsikal semasa perjalanan balik kerja.
Sepanjang 2 bulan di Hospital, ayah dan ibunya dari Sabah datang menjaganya yang berada dalam keadaan koma. Mereka berdua hanya menumpang di Balai Pelawat Hospital.
Oleh kerana keadaannya yang tidak menunjukkan perkembangan, Doktor Pakar memanggil pihak Zakat Selangor dan berbincang mengenai urusan memindahkannya ke Hospital di Sabah agar lebih mudah penjagaan dan kebajikan ibu bapanya mencukupi.
Namun, malam tadi pemuda ini telah disahkan meninggal dunia dan ibunya berhajat membawa pulang jenazahnya ke Sabah. Setelah perbincangan dan penerangan dari SSU, ibu dan bapa ini bersetuju untuk di uruskan jenazah ini di semenanjung pada hari ini.
Saat sebelum dimasukkan ke dalam liang lahad, ibu ini mencium ananknya buat kali terakhir dengan aliran air mata meredhai pemergiaan anaknya. Zakat Selangor membantu sepenuhnya bagi urusan ini sehingga dikebumikan.
Insya Allah esok, ibu dan bapanya akan diterbangkan pulang terus ke Sabah dengan bantuan wang zakat kerana mereka dari keluarga yang tidak berkemampuan. Inilah sebahagian fungsi wang zakat, diagihkan sebaiknya. Marilah sama – sama kita doakan agar pemuda ini dikurniakan keampunan dari Allah, dirahmati rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh. “bersama kami membantu mustahiq”
ibnuhusain-lembaga zakat Selangor