Pelajar tadika meninggal dunia akibat terjatuh dari jambatan yang sangat daif di Kg. Tongod
Berita duka:
Pelajar tadika meninggal dunia akibat terjatuh dari jambatan yang sangat daif di Kg. Tongod.
Masalah jambatan di kg tersebut pernah di highlights minggu lepas untuk perhatian pihak berkaitan.
Mengikut kenyataan nitezen yang tinggal di kawasan tersebut:
Insiden budak prasekolah SK Tongod. Dipercayai mangsa terjatuh melalui lubang besar semasa menggunakan Jambatan Gantung berkenaan.
SK Tongod ni kalau admin tidak silap terletak di kawasan Kuamut.
Mohonlah selepas ini kerajaan negeri memberikan peruntukan yang secukupnya atau lebih kepada semua DUN supaya segala prasarana yang mengalami kerosakan dapat diperbaiki dengan kadar yang segera.
Sumber: Diga Gamindal