Penganjuran pertandingan ‘Ultimate Beatdown Borneo 34’ galak belia sertai sukan seni bela diri

Sharing is caring!

Credit pic to: warriors.asia

LABUAN – Penganjuran pertandingan sukan bela diri, ’Ultimate Beatdown Borneo 34 – The Way Of KDM’ mendapat sambutan yang menggalakkan dengan 70 penyertaan dari dalam dan luar Negara.

ULTIMATE BEATDOWN BORNEO 34-THE WAY OF KDM MENDAPAT SAMBUTAN [23 JULAI 2019]

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Murut (KDM) Labuan, Peter Pikul berkata, program julung kali diadakan itu memberi peluang kepada bakat-bakat baharu untuk tampil serta menonjolkan diri, agar dapat mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi. 

Credit pic to: warriors.asia

Menurutnya, pertarungan itu bukan bertujuan menggalakkan masyarakat untuk bersaing atau mewujudkan pertelingkahan antara satu sama lain, sebaliknya mengajak golongan belia untuk mempelajari seni bela diri yang pelbagai. 

di samping itu ia juga dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat

katanya lagi menerusi sukan bela diri ini juga, peluang pekerjaan atau pelatih atau penasihat dapat diwujudkan yang sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi negara, program turut mendapat kerjasama daripada mixed martial art MMA malaysia tourism dan labuan Liberty Port Management.

Beliau berucap pada program itu yang diadakan di Plaza Berpayung, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. 

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli , dan hadir sama pengerusi MMA Rashid Saleh

Sumber: berita.rtm.gov.my
Credit pic to: warriors.asia

You may also like...

Leave a Reply