Fenomena Ghost Smoke DiKalangan Kanak-Kanak Sekolah

Sharing is caring!

TOLONG AMBIL PERHATIAN.

Budak Sekolah Rendah lagi dah pandai hisap vape

Budak Sekolah Rendah lagi dah pandai hisap vape, yang merakam tu dah tua pun tak nak halang

Posted by 20sen on Friday, July 19, 2019

Fenomena Ghost Smoke mula melanda negara kita. Dijual dengan harga murah RM1 atau 50 sen sahaja. Memang la budak-budak mampu beli. Mereka acah-acah macam hisap rokok pula.

Aduh, kalau seawal darjah 1 darjah 2 dah biasa main hembus asap begini, risau pula nanti mereka akan mula merokok atau hisap vape pula.

Lebih menyeramkan, serbuk Ghost Smoke dan cara sedut dah macam penagih cocaine pula. Bezanya cocaine sedut pakai hidung sahaja.

Barang ni mudah jual dan bertebaran di Shopee atau Lazada. Serendah RM10 untuk 30 paket tau. Memang laju la penjual depan sekolah beli sebab murid-murid suka.

Harap pantau anak-anak kita ya.

**********

PENAFIAN : Video yang dipaparkan bukan berlaku di sekolah saya atau sekitar. Ianya video yang tular di dalam group wasap dan Telegram yang tidak dapat dipastikan sekolah mana.

#MFS

You may also like...

Leave a Reply