Jangan Biarkan Kanak-kanak Trauma

Sharing is caring!

Perkongsian seorang ibu yang telah di kongsi oleh 64 ribu netizen telah dipadamkan oleh FB berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti. 

Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula.

Penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.

Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak? 

Trauma 

TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.

Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak. 

Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .

Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan ugutan palsu bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku

Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.

Mereka mungkin mengalami, 

✔️ Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu
✔️Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk
✔️ Bertindak agresif dan impulsif
✔️ Hilang keyakinan diri
✔️ Mengalami kesukaran untuk tidur
✔️ Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.
.

TRUST – Kepercayaan

Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?

Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain? 

Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan. 

Ternyata, dengan mewujudkan trauma, matlamat ini tidak mungkin berhasil.

Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan ibu bapa.

Kredit: Public Health Malaysia

You may also like...

Leave a Reply