Maksud Pernah Mimpi Menyusukan Bayi
MIMPI MENYUSUKAN BUDAK..
Bila hari yang tidak sibuk bolehlah saya menceritakan sedikit sebanyak untuk dikongsikan kepada semua mengenali pekara-pekara mistik yang telah menjadi pegangan oleh masyarakat kita hari ini..
Bukannya semuanya tidak benar ada yang benar, tetapi pekara yang sepatutnya mereka dapat maklumat biarlah tepat daripada seseorang, supaya tidak timbul perasaan takut dan kerisauan bila mereka mengalaminya..
Jadi hari ini ingin saya ceritakan bab mimpi menyusukan budak.
Daripada umur saya dua belas tahun saya telah didedahkan dengan perbagai bidang perubatan termasuklah perubatan mistik, dan sudah hampir empat puluh tahun saya dalam bidang ini, saya lihat banyak yang tidak betul dari segi penyampaian dan perubatan dalam pekara penyakit misteri zaman kini.
Kerana apa yang saya lihat lebih banyak kepada fitnah yang sampaikan kepada pesakit,
kebanyakan perawat mengatakan pesakitnya disihir oleh jirannya dan ada juga mengatakan berpunca dari saka sehingga pesakit itu percaya.
Tetapi masih juga tidak sembuh bila dirawat, andai kata kalau benar perawat itu menuduh pesakit itu sama ada disihir ataupun saka kenapa tak boleh merawatnya hingga sembuh, kerana mereka telahpun tahu puncanya itulah yang menjadi persoalannya…
Dalam bab mimpi menyusukan budak sering saya ditanyakan oleh pesakit adakah mereka mempunyai saka?..
Kerana ramai perawat yang mengatakan saka bila mereka ditanya pekara sebegini, ini menyebabkan mereka menjadi takut dan menuduh keturunan mereka melakukan pekara syirik, ini telah menjadi fitnah kepada keturunan pesakit…
Untuk pengetahuan semua sekiranya kita bermimpi menyusukan budak itu membawa maksud badan kita akan menerima kesakitan ataupun keletihan, kerana susu itu adalah darah.
Bagi perawat yang arif mereka akan menceritakan mimpi sebegitu bukanlah membawa maksud pesakit itu akan menerima saka keturunan, kerana sempurna mimpi saka keturunan melalui mimpi menyusukan budak seseorang itu haruslah mimpi mencukupi syaratnya..
Syaratnya seseorang itu akan bermimpi akan menyusukan budak, setelah budak itu kenyang si penyusu itu akan terbang atau menaiki bukit yang tinggi, kemudian ia akan turun ke bawah untuk duduk atau berdiri di air longkang atau air kumbahan lalu matanya menjadi merah seperti biji saga dan harus bermimpi berulang kali barulah mimpi itu petunjuk yang benar..
Sekiranya seseorang itu telah bermimpi sedemikian maka sempurnalah syaratnya maka sahlah ia mempunyai saka keturunan..
Saka yang akan turun kepadanya melalui mimpi tersebut ialah jenis Pelesit, kerana sekiranya Hantu Raya atau jenis Jin Rimba atau Hantu Tanah mereka akan bermimpi syarat atau tanda yang berbeza, mengikut jenis-jenisnya…
Ini adalah tanda-tanda dari petua orang-orang tua terdahulu yang mungkin tidak pernah didengar oleh anak muda zaman kini..
Sumber/Kredit: Md Rosdi Hasan