Termakan Kutu Beras, apa yang patut di buat?

Sharing is caring!

Perihal Sitophilus

Pernah dengar serangga perosak dari spesies Sitophilus? Sitophilus orizae (bubuk/kutu beras) dan Sitophilus zeamais (kutu dalam tepung) telah lama wujud dalam industri pertanian. Walaupun tidak dianggap berbahaya kepada manusia, ancaman serangga ini lebih kepada bahan pertanian itu sendiri.

Sitophilus orizae sebenarnya boleh tedapat dalam beras semasa pembungkusan itu lagi, semasa pembelian mungkin nampak bersih, tetapi selepas 2- 3 minggu, kutu beras mula timbul? Dari mana ia datang? Kutu beras ini sebenarnya boleh meninggalkan telur mereka yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar di dalam beras semasa pemprosesan. Biasanya per kaviti, kutu beras betina boleh meninggalkan sehingga 300-400 telur dan jika ianya berada dalam keadaan yang sesuai, beberapa generasi boleh tinggal di tempat yang sama. Kutu beras dewasa boleh hidup sehingga 7-8 bulan dan adakalanya mencapai 2 tahun. Peringkat telur, larva dan pupa biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan berada dalam butiran beras anda anda makan itu. Makanan diberikan di dalam butiran beras dan kutu beras dewasa akan keluar dari butiran beras (tempat mereka hidup). Kutu beras boleh berwarna merah keperangan dan hitam (biasa di Malaysia).

Walaupun kutu beras ini nampak berbahaya, ianya sebenarnya adalah selamat untuk manusia, tetapi tidaklah sampai anda boleh makan banyak kutu beras pula. Jangan gunakan bahan kimia untuk menghalau kutu beras ini kerana dikhuatiri memberi ancaman kesihatan kepada manusia. Ingat tak petua orang lama yang menggunakan cili kering dan daun pandan untuk menghalau kutu beras? Kutu beras ini walaupun kecil namun mereka sensitif kepada bau herba terutamanya bau yang kuat seperti pandan dan cili kering (jangan pula anda letak minyak wangi dalam beras anda). Ada beberapa kajian yang sedang dilakukan untuk melihat keupayaan beberapa jenis tanaman untuk dijadikan kawalan bagi kutu beras ini, antaranya Cleistanthus collinus (sejenis tumbuhan di India) dan beberapa jenis tumbuhan lain (kumpulan Lamiaceae).

  • Cara utama untuk menyelamatkan beras anda dari dimakan bubuk atau kutu beras adalah dengan:
  • 1) tidak menyimpan beras terlalu lama
  • 2) pastikan beli beras di tempat yang sentiasa dapat bekalan baru
  • 3) pastikan beras anda di simpan di tempat yang kering dan kedap udara
  • 4) jika ada kutu beras, letakkan cili kering atau daun pandan di dalam beras anda
  • 5) basuh berulang kali supaya beras yang ringan (telah dimakan oleh kutu beras akan terapung semasa proses pembasuhan).

Kesimpulannya, kutu beras merupakan ancaman biasa dalam industry pertanian dan mereka tidak memilih jenis beras, beras murah, beras mahal, beras perang, beras rebus, beras basmathi, beras pulut, semua akan diserang oleh kutu yang sama.

#micronucleus

Rujukan :

1. http://www.kznhealth.gov.za/environ/vector/riceweevil.htm
2. Kim SW, Lee HR, Jang MJ, Jung CS, Park IK. 2016. Fumigant Toxicity of Lamiaceae Plant Essential Oils and Blends of Their Constituents against Adult Rice Weevil Sitophilus oryzae. Molecules. 2016 Mar 16;21(3):361. 
3. Guru-Pirasanna-Pandi G, Adak T, Gowda B, Patil N, Annamalai M, Jena M. Toxicological effect of underutilized plant, Cleistanthus collinus leaf extracts against two major stored grain pests, the rice weevil, Sitophilus oryzae and red flour beetle, Tribolium castaneum. Ecotoxicol Environ Saf. 2018 Jun 15;154:92-99.
4. Corrêa, A., Vinson, C., Braga, L., Guedes, R., & De Oliveira, L. (2017). Ancient origin and recent range expansion of the maize weevil Sitophilus zeamais, and its genealogical relationship to the rice weevil S. oryzae. Bulletin of Entomological Research, 107(1), 9-20. 
5. Kredit gambar : https://www.pestwiki.com/rice-weevil/

SUMBER & KREDIT: https://www.facebook.com/inisainsbeb/

You may also like...

2 Responses

  1. Azari Mat Yasir says:

    Salam admin. Saya dari page Ini Sains Beb. Artikel ini ditulis oleh penulis kami. Mohon sertakan back link ke page kami https://www.facebook.com/inisainsbeb/ sebagai kredit. Terima kasih.

Leave a Reply