Siapa cakap orang semporna miskin?

Sharing is caring!

Siapa sangka, gambar rumah-rumah mewah diatas terletak di daerah Semporna, walaupun semporna dikategorikan sebagai tempat yang kurang pembangunannya, namun siapa sangka penduduknya ada yang memiliki prasarana rumah yang begitu menakjubkan kemewahannya.

Daerah Semporna

Semporna merupakan sebuah wilayah kecil yang terletak di Pantai Timur Sabah yang mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113 412 hektar (282,880 ekar). Bentuk muka buminya pula merupakan kawasan tanah rendah dan sebahagian besarnya terdiri dari kepulauan iaitu sebanyak 49 buah pulau seluas 23 486 hektar.

Sebelum mendapat status sebagai sebuah daerah penuh dalam tahun 1959, Daerah Semporna termasuk dalam bahagian pentadbiran residensi Tawau bersama-sama Lahad Datu dan Kunak. Lokasi daerah Semporna terletak berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Indonesia dan Filipina. Daerah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tanah Besar Semporna dan kawasan pulau yang dikenali sebagai pulau Bum-Bum dan sekitarnya.

Dari sedut ekonomi pula, kebanyakan penduduk di daerah ini terlibat dengan aktiviti pertanian kerana keadaan tanahnya yang subur dan dianggarkan sejumlah 54 222.5 hektar keluasan tanah di daerah ini digunakan untuk pertanian. Selain itu, 35 peratus dari penduduk Daerah Semporna juga terlibat dengan aktiviti perikanan dan laut. Manakala sejumlah kecil daripada mereka kira-kira 5 peratus terlibat dengan kegiatan pertanian.

Kredit/Sumber: SempornaDiHati, Wikipedia

You may also like...

Leave a Reply