Kami sarankan agar pesakit kronik buah pinggang jauhi diri daripada belimbing besi

Sharing is caring!

BELIMBING BESI DAN BUAH PINGGANG

Pesanan untuk pesakit kronik buah pinggang: selain produk sampah, jauhi diri daripada belimbing besi.

Kami menerima mesej dari salah seorang anak pesakit Dialisis yang telah pergi. Ibu beliau mengalami starfruit (belimbing besi) poisoning. Diagnosa ini tidak ramai yang tahu kerana ia tidak selalu berlaku.

Starfruit ada oxalate dan carambola yang mempunyai entiti “neurotoxic”: sejenis toksin yang menyebabkan masalah central nervous system (CNS). Pesakit boleh menghadapi kekeliruan, sawan dan maut.

Saya rasa mesti ada pulak suara-suara yang menyatakan “saya makan tak ada masalah pun”. Ianya bukan terjadi kepada semua. Ikut nasib masing-masing. Tapi, kenapa ambik kalau tahu ada risiko?

Untuk yang sihat, makan sahaja belimbing besi; tapi jangan makan satu lori pulak. Bersederhana lah dalam apa jua yang kita lakukan.

Saya hanya menyampaikan hasrat ahli keluarga ini (anak) untuk memberi kesedaran kepada pesakit, keluarga dan para professional tentang kewujudan “starfruit poisoning”. Beliau telah melalui episod tragis tidak lama dahulu. Boleh baca mesej beliau yang saya screenshot.

Harap cerita ini menjadi pengajaran untuk kita semua.

Sumber/Kredit:

Admin:
Dr Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Buah Pinggang.

Rujukan artikel gambar kedua di link ini:
http://www.scielo.br/scielo.php…

You may also like...

Leave a Reply