PEMILIK TANAH AKAN DIAMBIL TINDAKAN JIKA MEMBENARKAN RUMAH SETINGGAN HARAM DIBINA ATAS TANAH MEREKA

  • FB_IMG_1562651481823
  • FB_IMG_1562651485247
  • FB_IMG_1562651479485
  • FB_IMG_1562651496007
  • FB_IMG_1562651493832
  • FB_IMG_1562651485247-1
  • FB_IMG_1562651479485-1
  • FB_IMG_1562651493832-1
  • FB_IMG_1562651496007-1
  • FB_IMG_1562651496007-2
  • FB_IMG_1562651493832-2
  • FB_IMG_1562651491641
  • FB_IMG_1562651489265

Sharing is caring!

Pemilik tanah persendirian boleh dikenakan tindakan undang – undang mengikut Akta Immigresen Seksyen 55B; Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut. Hukumannya ialah denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Alasan bahawa ada penduduk yang mempunyai kad pengenalan biru dan telah lama tinggal di atas tanah mereka tidak boleh diterima sebab rumah setinggan haram tidak mempunyai kelulusan pelan bangunan dari Majlis Daerah Penampang.

Pihak Ketua Kampung dan MPKK juga harus bekerjasama dalam membenteras gejala rumah setinggan haram ini. Mereka hanya perlu mengenal – pasti pemilik tanah kampung dan meminta pemilik tanah untuk menghalau penduduk rumah setinggan haram tersebut, kita tidak boleh berdiam diri seperti dahulu sehinggakan kewujudan rumah setinggan haram muncul bagaikan cendawan.

MP Penampang telah diberi jaminan oleh pemilik tanah bersebelahan dengan kawasan pasar menjual sayur dan buah – buahan yang baru di jalan pintas Donggongon bahawa struktur rumah setinggan haram yang bertapak di atas tanah beliau akan dibuka pada akhir bulan Julai 2019 ini. Beliau akan membuat laporan polis dan akan meminta bantuan pihak berkuasa untuk merobohkan rumah setinggan haram tersebut. Beliau sedar bahawa kegagalan beliau untuk menghalau penduduk setinggan haram ini akan mengakibatkan beliau didakwa di bawah Akta Immigresen 1959/63 Seksyen 55B.

Isu rumah setinggan haram di Penampang semakin menular di dalam sosial media dan ramai yang tidak mengetahui bahawa kebanyakan rumah setinggan haram ini berada di atas tanah persendirian yang bergeran dan ada pihak yang menyewa tanah kepada penduduk rumah setinggan haram ini. Saya sarankan mereka untuk bersama – sama dengan pihak MPKK dan Ketua Kampung membuat laporan polis terhadap pemilik tanah persendirian yang membenarkan rumah setinggan haram didirikan di atas tanah mereka dan bersama – sama membenteras gejala ini terutamanya yang ada di kawasan kampung mereka sendiri.

Sumber: PKRP Penampang

You may also like...

Leave a Reply