Sejarah pendakian Sir Hugh Low, menawan puncak Kinabalu, gunung suci kaum Dusun.
Sejarah pendakian Sir Hugh Low, menawan puncak Kinabalu, gunung suci kaum Dusun.
Oleh: Dusunology
Sir Hugh Low merupakan orang Barat yang pertama mendaki Gunung Kinabalu (salah satu puncak Kinabalu dinamakan sempena namanya). Sejarah pendakian Sir Hugh Low ke Kinabalu bermula di Labuan, di mana beliau telah menaiki perahu orang tempatan pada pagi 21 Februari 1851 dari Labuan dan sampai di Kimanis pada 24 Januari. Di Kimanis beliau telah berkunjung ke rumah pemimpin Dusun bernama Orang Kaya Lamit, di mana beliau bertemu dengan kaum Dusun yang berbudaya maritime, yang beliau sebut dengan tiga sebutan : Dusun, Idaan dan Dayak. Pada 26 February 1851, beliau sampai ke muara Sungai Tuaran di mana beliau menemui bekas penempatan bangsa Iranun yang telah diserang dan diusir oleh kaum Dusun Tuaran kerana aktiviti perlanunan mereka. Penempatan ini ditiggalkan 12 tahun lalu, bererti kaum Iranun Tuaran berhijrah dr Tuaran ke Tempasuk pada tahun 1839 setelah diserang kaum Dusun Tuaran.
Pada 3 Mac 1851, beliau berada di Kg. Bawang yang berada di tebing Sungai Tuaran, di mana beliau menetap di rumah seorang pedagang Dusun yg sudah uzur yg memiliki pengalaman berdagang di Pulau Balambangan, pada saat orang putih masih berada di Pulau Tersebut. Seorang guide Bajau diupah utk membawanya ke Kg. Bungol. Kelompok mereka pada ketika itu adalah sebanyak 42 orang yang diketuai oleh Orang Kaya dari Kimanis, Orang Kaya Lamit, di mana di bawahnya adalah Datu Pangeran dari Mengkabong dan Datu Maharaja Denda, pemimpin kaum Dusun di daerah Tamparuli. Mereka bergerak dari Kg. Kulawat pada 5 Mac 1851 dan sampai di Kg. Bungol pada hari yang sama. Datu Maharaja Denda meminta rombongan Sir Hugh Low menetap di Kg. Bungol, sebuah perkampungan Dusun.
Perjalanan mereka terhambat, kerana seorang pemimpin Dusun bergelar Datu (Datu Maharaja Denda?) telah melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis Dusun, setelah itu barulah mereka meneruskan perjalanan ke Kohom, sebuah perkampungan Dusun yg memiliki sekitar 250-300 rumah, sebelum mereka bertolak ke Kg. Kiow. Pada 7 Mac, Sir Hugh Low meninggalkan Orang Kaya Lamit bersama sebahagian rombongannya di Kg. Kiow, kemudian mengupah seorang dari suku Dusun dr Kg. Kiow sebagai guide utk mereka ke Kinabalu, guide ini membawa pelbagai azimat bagi keperluan meminta izin kepada penguasa Kinabalu. Mereka bertolak ke Kalapis. Dari anggran Sir Hugh Low, kaum Dusun Kiow tergolong puak yang kuat kerana mereka memiliki jumlah pasukan mencecah 2000 orang pahlawan yang dilengkapi pedang, tombak dan perisai bulat.
Rombongan Sir Hugh Low pun melakukan pendakian ke atas Kinabalu, di mana pada 10 mac 1851, mereka menetap di salah satu gua di kaki Kinabalu utk berteduh. Mereka meneruskan perjalanan pada jam 8 pagi keesokan harinya. Mereka berhenti dan menginap di sebuah kawasan berbatu Gunung Kinabalu di ketinggian 8, 386 kaki. Setelah berpenat lelah selama berhari-hari, mereka tidak sampai ke puncak Kinabalu. Pada 12 Mac 1851 Sir Hugh Low turun dr Gunung Kinabalu selepas mengutip sejumlah spesimen berupa tumbuhan sebagai bahan kajiannya sebagai seorang Naturalist. Walaubagaimanapun, banyak dr guidenya yang telah membuang banyak dr spesimen-spesimen yang dikutipnya di dalam perjalanan mereka turun, menyebabkan kekecewaan dalam di hati Sir Hugh Low.
Walaubagaimanapun, terdorong oleh sikap sebagai seorang pengembara dan seorang ilmuan naturalist, Sir Hugh Low bertekad akan kembali lagi ke Kinabalu setelah beliau menerima premit dr pihak British. Impiannya ini tercapai, ketika beliau dan Spenser St. John melakukan dua ekspedisi ke Gunung Kinabalu pada tahun 1858, di mana mereka berjaya menawan puncak Kinabalu – Dusunology.
Note : artikel disusun oleh Dusunology dengan sumber refrensi dari “Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia”, Vol. VI, 1852.