RUMPUN DAYAK KAH KITA?

Sharing is caring!

Baru-baru ini Dayak International Justice Congress telah diadakan di Keningau, Sabah Borneo. Ini bukanlah yang pertama kali ianya diadakan. Sebelum ini sudah pernah diadakan di Boreno Kalimantan dan Borneo Sarawak. Tahun ini Sabah Borneo merupakan tuan rumah bagi aktiviti ini.

Ok.. Apabila aktiviti seperti ini diadakan, mesti ada di antara kamu yang tertanya-tanya apakah semua ini? Terutama sekali orang kita di Sabah ni kan? Mesti kamu tertanya-tanya. Kenapa ada Dayak di Sabah?

Ternyata dan memang masih banyak Gen-Y orang asal Sabah tidak mengetahui atau pun masih kabur-kabur apakah itu Rumpun Dayak? Kenapa Sabah juga terlibat? Di sini saya sertakan beberapa persoalan Generasi muda asal Sabah yang saya sendiri dengar dan nampak,

  1. “Kenapa ada Dayak di Sabah?”
  2. “Bukan Dayak ini suku kaum yang ada di Sarawak?”
  3. “Kenapa suku kaum Momogun / KDMR terlibat?”
  4. “Kenapa mereka/diorang cakap kita ini Rumpun Dayak?”
  5. “Eh! Saya bukan Dayak! Saya Kadazan Dusun / KDMR”
  6. “Saya Bangsa Momogun kenapa mau terlibat dengan ini Dayak?”
  7. “Kita Dayak kah?”

Sebagai Generasi muda orang asal Sabah, saya mahu generasi yang seangkatan dengan saya tahu akan hal ini. Kenapa, mengapa dan bagaimana. Kenapa Dayak? Kita mahu supaya hal seperti ini diketahui ramai dan difahami ramai. Kita tidak mahu adanya perpecahan disebabkan ada yang tidak faham dan tidak tahu. Kita tidak mahu adanya pihak yang kurang bijak mengambil kesempatan untuk memanipulasikan hal ini. Sedangkan di tanah kita sendiri suku kaum asal Sabah pun semakin hari semakin berpecah.

Apa kata Atama Katama sebagai wakil orang asal di PBB bagi generasi muda ataupun bagi orang-orang asal Sabah yang masih tidak tahu dan kurang faham akan hal ini. Begitu juga dengan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan sebagai President DIJC, apakah jawaban Datuk kepada persoalan yang timbul di kalangan Generasi muda asal Sabah tentang hal ini? Rumpun Dayak kah kita?

Adil Ka’ Talimo, Bacuramin Ka’ Saruga, Basengat Ka’ Jubata.

Sumber / Kredit to:

Sekian,
Salam Dayak dari saya Ellshera Yap Len.

Photo credit,

  • Matthew Petrus
  • Dusunology

You may also like...

1 Response

  1. Sarip Ahmad says:

    Bolehlah KDMR ditukar imej begini:
    Kadazan DAYAK Murut Rungus? Kadazan tergolong Dayak kah?

Leave a Reply