DAYAK BERSATU DI BATU SUMPAH KENINGAU
VIDEO PERINGATAN DARI PANGLIMA DAYAK.
DAYAK BERSATU DI BATU SUMPAH KENINGAU, 16.06.2019 : Dayak dari pelabagai suku kaum yang datang dari seluruh Borneo bersama para tokoh-tokoh adat dan masyarakat bersama para panglima perang Dayak telah berkumpul di Batu Sumpah pada pagi tadi, di dalam acara yang dijadualkan berlangsung dari jam 7 pagi sampai 11 pagi.
Di dalam acara penutup “Dayak International Congress” yang diadakan di Batu Sumpah Keningau Sabah pada pagi tersebut, panglima besar Dayak Borneo iaitu Panglima John Jaban memberikan peringatan kepada sesiapa sahaja yang melanggar perjanjian yang sudah termeterai di dalam Batu Sumpah Keningau, mereka akan DIKEJAR SUMPAH selama TUJUH KETURUNAN.
Congress” yang diadakan di Batu Sumpah Keningau Sabah pada pagi tersebut, panglima besar Dayak Borneo iaitu Panglima John Jaban memberikan peringatan kepada sesiapa sahaja yang melanggar perjanjian yang sudah termeterai di dalam Batu Sumpah Keningau, mereka akan DIKEJAR SUMPAH selama TUJUH KETURUNAN.
Sumber Dusunologi
Dayak Borneo Bersatu di Batu Sumpah Keningau.
Para pemimpin Dayak Borneo yg berketurunan Dusun iaitu Datuk Dr. Jeffery Kitingan (Presiden Borneo Dayak Forum), Dr. Benedict Topin (Presiden Dayak International Justice Council) dan saudara Atama Katama (wakil Dayak di PBB), semuanya hadir di Batu Sumpah Keningau hari ini di dalam acara yang berlangsung sekitar jam 8-11 pagi, bersama para pemimpin Dayak dari Kalimantan, Sarawak, Sabah dan Brunei, bersama para pemegang adat Dayak serta para panglima perang Dayak.
Acara kemuncaknya adalah ritual pada batu sumpah yg dijalankan oleh para tokoh, pemegang adat dan para panglima perang Dayak, memeteraikan kembali sumpah pada batu keramat ini. Di dalam ritual tersebut, Panglima Perang Dayak memberikan amaran bahwa sesiapa yang melanggar perjanjian dan menipu dengan tidak mematuhi kesemua perjanjian seperti yang tercatat di dalam Batu Sumpah Keningau, mereka akan DIKEJAR SUMPAH selama TUJUH KETURUNAN!!!
Kredit to Dusunologi