EMPAT REMAJA WARGA ASING DITAHAN BANTU SIASATAN KES BUNUH LELAKI DI FAJAR TAWAU

Sharing is caring!

TAWAU; 11 JUN 2019 (Selasa) – Susulan penemuan mayat di dalam longkang di Jalan Bantu Fajar Isnin lepas, empat remaja lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh terbabit.

Lelaki berusia anggaran umur 16 hingga 17 tahun itu ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu di Jalan Dunlop, Taman Semarak Megah dan kawasan Sabindo di sebuah kafe siber diantara pukul 1.45 hingga 4.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataan berkata, kesemua mereka ditahan reman bermula esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai kesemua saspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana menuduh mereka sebagai peragut dan pencuri.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa Jaafar Jalman, 49 tahun meninggal dunia akibat di tikam di bahagian tengkuk kiri dan dada kanan disyaki menggunakan pemutar skru dan sebilah pisau pemotong sayur berukuran 8 inci yang ditemui di lokasi kejadian.

Terdahulu, mengikut keterangan isteri mangsa, mangsa keluar dari rumah memandu sebuah motokar berwarna merah gelap dengan alasan mahu bersiar-siar selepas selesai menutup gerai warung makanan mereka di Kampung Titingan kira-kira pukul 12.45 tengah malam, ahad lepas.

Mangsa kemudian dilaporkan tidak pulang ke rumah sebelum mayatnya ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di dalam longkang pada petang Isnin.

Mayat lelaki berkenaan ditemui di belakang sebuah premis di Jalan Bantu Fajar sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

kridet #BESTAWAUfm

You may also like...

Leave a Reply