“Masa Nak Undur Kereta ‘Benda’ Tu Ada Kat Situ,” Wanita Ini Dakwa Kamera Belakang Kereta Terakam ‘Makhluk’ Berbungkus by original · May 30, 2019 Sharing is caring! Share Tweet Pin LinkedIn Semalam tular individu menggunakan nama Facebook, Tika Yusof berkongsi gambar yang meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang melihatnya. Gambar daripada kamera belakang kereta milik memaparkan entiti misteri berkain putih berdiri di belakang keretanya semasa dia ingin undur kereta ke belakang. Kejadian ini berlaku pada sekitar pukul 11.20 malam sewaktu beliau ingin pulang selepas berniaga di bazaar raya di bandar Tawau, Sabah.Saya ada booth jualan sempena bulan Ramadan. Jadi, saya biasa tutup jam 11 malam. Tempat letak kereta semua penuh jadi yang ini je lah tempat kita dapat. Siang tu mak sayalah yang lekat dekat situ. Bila dah habis kemas nak ambik keta bawa dekat sikit dengan booth untuk angkat barang jualan masuk keta.Masa tu lah nampak ‘benda tu’. Belakang tak ada nampak apa pun masa masuk kereta. Masa tu memang takut kena-kena lagi kawasan gelap dan masa tu saya dengan anak saya saja berdua. Tengah nak undur kereta tetiba nampak mahkluk itu. Beliau juga tidak pasti mahkluk halus apa, tetapi semasa dia masuk kereta, tiada sesiapapun di kawasan tersebut. Menurutnya lagi, sewaktu perjalanan beliau masuk ke dalam kereta, Tika sudah membaca ayat-ayat suci untuk tenangkan perasaan takut tersebut.Namun demikian, sewaktu beliau ingin mengundur kereta dengan tidak sengaja ternampak mahkluk tersebut di belakang melalui kamera sisi belakang kereta. Perkongsian ini bukan rekaan semata, ini apa yang Tika nampak walaupun di bulan Ramadan. sumber sabah post Share this:TweetWhatsAppTelegramLike this:Like Loading...
0 Demonstrasi Aman di Hadapan Balai Polis Daerah Keningau October 14, 2019 by original · Published October 14, 2019
0 Manakah Lagu Paling Popular Sabahan 2019 pilihan anda? May 16, 2019 by original · Published May 16, 2019 · Last modified May 17, 2019
0 Berjalan Kaki Sejauh 4 KM Ke Hospital Ranau Dalam Keadaan Tempang August 8, 2019 by original · Published August 8, 2019