POLIS BOMBALAI TANGKAP SUSPEK CURI WANG PUSAT TAHFIZ KURANG 24JAM

Sharing is caring!


POLIS BOMBALAI TANGKAP SUSPEK CURI WANG PUSAT TAHFIZ KURANG 24JAM
TAWAU, 18 MEI 2019 – Sepasukan anggota Polis dari Balai Polis Bombalai telah berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan sekitar jam 0920 pagi bersabit kes curi di sebuah pusat tahfiz di sekitar kawasan Kampung Pitas Bombalai berdasarkan rakaman CCTV Pusat Tahfiz tersebut pada hari yang sama.
Setelah memperkenalkan diri sebagai anggota polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan.
Pemeriksaan tubuh badan dibuat ke atas suspek dan telah menjumpai wang tunai pelbagai nilai yang disembunyikan di dalam seluar dalam yang dipakainya. Suspek telah membuat pengakuan bahawa wang tunai itu adalah wang yang dicuri dari pusat tahfiz tersebut.
Suspek dan rampasan telah dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
SUMBER:
Polis Daerah Tawau FB

You may also like...

Leave a Reply